Hak Cipta © Briggs & Stratton Corporation, Milwaukee, WI, USA. Semua Hak Cipta
Terpelihara.
Buku panduan ini mengandungi maklumat keselamatan untuk memberi kesedaran kepada
anda tentang bahaya dan risiko berkaitan enjin dan bagaimana untuk mengelakkannya.
Ia juga mengandungi panduan untuk penggunaan dan penjagaan enjin yang betul. Oleh
kerana Briggs & Stratton Corporation tidak semestinya tahu peralatan apakah yang akan
dijanakan oleh enjin ini, adalah penting untuk anda baca dan fahamkan arahan-arahan ini
dan panduan untuk peralatan tersebut. Simpan panduan asal ini untuk rujukan di masa
hadapan.
NOTA: Gambar rajah dan ilustrasi di dalam buku panduan ini disediakan untuk rujukan
sahaja dan mungkin berbeza daripada model anda. Hubungi ejen anda sekiranya anda
mempunyai sebarang soalan.
Untuk penggantian alat atau bantuan teknikal, catatkan di bawah model enjin, jenis dan
nombor kod berserta tarikh pembelian. Nombor-nombor ini terdapat pada enjin anda (lihat
bahagian Ciri-Ciri dan Alat Kawalan bahagian).
Tarikh Pembelian
Model Enjin - Jenis - Trim
Nombor Siri Enjin
Cari kod bar 2D yang terletak pada
sesetengah enjin. Apabila dilihat
menggunakan peranti berdaya-2D, kod
tersebut akan memperlihatkan laman web
kami di mana anda boleh mengakses
maklumat sokongan untuk produk ini. Kadar
data akan terpakai. Sesetengah negara
mungkin tidak mempunyai maklumat
sokongan atas talian yang tersedia.
Maklumat Kitar Semula
Semua pembungkusan, minyak yang telah digunakan, dan
bateri hendaklah dikitar semula mengikut peraturan-peraturan
yang ditetapkan oleh kerajaan.
Keselamatan Pengendali
Simbol Peringatan Keselamatan dan
Perkataan Isyarat
Simbol peringatan keselamatan
digunakan untuk mengenal pasti maklumat
keselamatan mengenai bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan diri. Perkataan
isyarat (BAHAYA, AMARAN atau AWAS) digunakan dengan simbol peringatan untuk
menunjukkan kemungkinan dan potensi kecederaan teruk. Selain itu, simbol bahaya boleh
digunakan untuk mewakili jenis bahaya.
BAHAYA menunjukkan bahaya di mana, jika tidak dielak, akan menyebabkan
kematian atau kecederaan serius.
AMARAN menunjukkan bahaya di mana, jika tidak dielak, boleh menyebabkan
kematian atau kecederaan serius.
AWAS menunjukkan bahaya di mana, jika tidak dielak, boleh menyebabkan
kecederaan kecil atau sederhana.
NOTIS menunjukkan situasi yang boleh menyebabkan kerosakan pada produk.
Simbol Bahaya dan Maksud
Maksud
Simbol
Maksud
Simbol
Baca dan fahamkan Panduan
Pengendali sebelum
mengendali atau menyenggara
unit.
Maklumat keselamatan
tentang bahaya yang boleh
mengakibatkan kecederaan
diri.
Bahaya letupan
Bahaya api
Bahaya wasap bertoksik
Bahya kejutan
Bahaya bunyi – Perlindungan
telinga disyorkan untuk
penggunaan lanjut.
Bahaya permukaan panas
Bahaya letupan
Bahaya objek dilempar –
Pakai perlindungan mata.
Bahaya sogokan
Bahaya rosak fros
Bahaya Bahan Kimia
Bahaya amputasi –
bahagian bergerak
Menghakis
Bahaya terma panas
Pesanan Keselamatan
AMARAN
Komponen tertentu produk ini dan aksesori yang berkaitan dengannyamengandungi
bahan kimia yang diketahui di Negeri California sebagai boleh menyebabkan barah,
kecacatan kelahiran atau lain-lain kemudaratan kepada sistem reproduktif. Basuh
tangan selepas menggunakannya.
AMARAN
Ekzos enjin daripada produk ini mengandungi bahan kimia yang diketahui di Negeri
California sebagai boleh menyebabkan barah, kecacatan kelahiran atau lain-lain
kemudaratan kepada sistem reproduktif.
AMARAN
Enjin-Enjin Briggs & Stratton tidak direka untuk dan bukan untuk digunakan bagi
menjana: fun-kart; go-kart; kenderaan untuk kanak-kanak, untuk rekreasi atau
kenderaan pelbagai permukaan (ATV); motosikal; hoverkraf; produk-produk pesawat
udara atau kenderaan yang digunakan dalam acara kompetetif yang tidak dibenarkan
oleh Briggs & Stratton. Untuk maklumat tentang produk- produk bagi perlumbaan
kompetetif, lawati www.briggsracing.com. Bagi kegunaan dengan ATV utiliti dan
sebelah-menyebelah, sila hubungi Pusat Aplikasi Enjin Briggs & Stratton,
1-866-927-3349. Penggunaan enjin yang tidak betul boleh menyebabkan kecederaan
serius atau kematian.
NOTIS
Enjin ini telah dihantar dari Briggs & Stratton tanpa minyak. Sebelum anda
menghidupkan enjin, pastikan anda memasukkan minyak menurut arahan di dalam
buku panduan ini. Jika anda menghidupkan enjin tanpa minyak, ia akan rosak sehingga
tidak boleh dibaiki lagi dan tidak akan dilindungi di bawah waranti.
44
Not for
Reproduction