AMARAN
Bahan api dan asapnya amat mudah terbakar dan mudah meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan melecur teruk atau kematian.
Ketika Memasukkan Bahan Api
•
Matikan enjin dan biarkan enjin menyejuk sekurang-kurangnya selama 2 minit
sebelum menanggalkan penutup bahan api.
•
Isikan tangki bahan api di luar rumah atau di kawasan dengan pengudaraan yang
baik.
•
Jangan terlebih isi tangki bahan api. Untuk memberi ruang bagi bahan api
mengembang, jangan isi melebihi bahagian bawah leher tangki bahan api.
•
Jauhkan bahan api daripada percikan bunga api, nyalaan terbuka, api pandu, haba
dan lain-lain sumber nyalaan.
•
Periksa baris-baris, tangki, penutup dan lengkapan bahan api dengan kerap untuk
sebarang keretakan atau kebocoran. Gantikan jika perlu.
•
Jika bahan api tertumpah, tunggu sehingga ia sejat sebelum menghidupkan enjin.
Semasa Menghidupkan Enjin
•
Pastikan palam pencucuh, peredam, penutup bahan api dan pembersih udara (jika
dilengkapi dengannya) ada ditempatnya dan telah dipasang dengan betul.
•
Jangan hidupkan enjin dengan palam pencucuh ditanggalkan.
•
Jika enjin dibanjiri, tetapkan injap udara (jika dilengkapi dengannya) ke posisi BUKA
/ BERGERAK, gerakkan pendikit (jika dilengkapi dengannya) ke posisi LAJU dan
teruskan cubaan menghidupkan enjin sehingga ia hidup.
Semasa Mengendalikan Peralatan
•
Jangan sengetkan enjin atau peralatan pada sudut yang menyebabkan bahan api
tumpah.
•
Jangan cok karburetor untuk mematikan enjin.
•
Jangan sekali-kali menghidupkan atau menggerakkan enjin dengan pemasangan
pembersih udara (jika dilengkapi dengannya) atau penapis udara (jika dilengkapi
dengannya) ditanggalkan.
Semasa Menukar Minyak
•
Jika anda salir keluar minyak daripada bahagian atas tiub mengisi minyak , tangki
bahan api hendaklah kosong atau bahan api boleh meleleh keluar dan menyebabkan
kebakaran atau letupan.
Apabila Menyengetkan Unit untuk Penyenggaraan
•
Semasa melakukan kerja-kerja penyenggaraan yang memerlukan unit disengetkan,
tangki bahan api, jika dipasang pada enjin, hendaklah kosong atau bahan api boleh
meleleh keluar dan menyebabkan kebakaran atau letupan.
Semasa Mengangkut Peralatan
•
Angkut dengan keadaan tangki bahan api KOSONG atau injap penyekat bahan
api berada dalam posisi DITUTUP.
Semasa Menyimpan Bahan Api Atau Peralatan Dengan Bahan Api Di Dalam Tangki
•
Simpan jauh dari relau, dapur, pemanas air atau lain-lain perkakasan yang
mempunyai api pandu atau punca nyalaan lain kerana semua ini boleh menyalakan
wap bahan api.
AMARAN
Menghidupkan enjin boleh menghasilkan percikan bunga api.
Percikan bunga api boleh menyalakan gas mudah terbakar berdekatan.
Letupan dan kebakaran boleh berlaku.
•
ika terdapat kebocoran gas semula jadi atau LP di kawasan tersebut, jangan
hidupkan enjin.
•
Jangan gunakan cecair pemula tekanan kerana wapnya mudah terbakar.
AMARAN
BAHAYA GAS BERACUN. Ekzos enjin mengandungi karbon monoksida, sejenis
gas beracun yang boleh membunuh anda dalam beberapa minit. Anda TIDAK
BOLEH melihatnya, menghidunya atau merasanya. Walaupun anda tidak terhidu
asap ekzos, anda masih boleh terdedah kepada gas karbon monoksida. Jika
anda mula merasa tidak sihat, pening atau lemah semasa menggunakan produk
ini, dapatkan udara segar DENGAN SEGERA. Berjumpalah dengan doktor. Anda
mungkin mengalami keracunan karbon monoksida.
•
Kendalikan produk ini HANYA di luar, jauh dari tingkap, pintu dan lubang udara
untuk mengurangkan risiko gas karbon monoksida berkumpul dan berpotensi tertarik
ke arah ruang-ruang yang telah dipenuhi.
•
Pasang penggera karbon monoksida yang dijana bateri atau masukkan penggera
karbon monoksida dengan sokongan bateri ke dalam soket, menurut arahan
pengilang. Penggera asap tidak boleh mengesan gas karbon monoksida.
•
JANGAN kendalikan produk ini di dalam rumah, garaj, tingkat bawah tanah, ruang
sempit di bawah rumah atau bawah bumbung, bangsal atau lain-lain ruang separa
tertutup walaupun anda menggunakan kipas atau membuka pintu dan tingkap untuk
pengudaraan. Karbon monoksida boleh terkumpul dengan cepat di dalam
ruang-ruang ini dan boleh berada di situ untuk beberapa jam walaupun selepas
produk ini ditutup.
•
SENTIASA letakkan produk ini mengikut arah angin dan halakan ekzos enjin jauh
daripada ruang-ruang yang telah dipenuhi.
AMARAN
Penarikan kord pemula dengan cepat (tujah keluar) akan menarik tangan dan
lengan ke arah enjin lebih cepat daripada kemampuan anda untuk melepaskannya.
Patah tulang, keretakan, lebam atau terseliuh boleh berlaku.
•
Semasa menghidupkan enjin, tarik kord penghidup perlahan-lahan sehingga
rintangan dirasai dan kemudian tarik dengan cepat untuk mengelakkan tujahan
keluar.
•
Tanggalkan semua alat-alat luaran / beban enjin sebelum menghidupkan enjin.
•
Komponen peralatan gandingan-terus seperti, tetapi tidak terhad kepada, bilah,
impeler, kapi, gegancu dan sebagainya, hendaklah dipasang dengan betul.
AMARAN
Bahagian yang berputar boleh menyentuh atau memerangkap tangan, kaki,
rambut, pakaian atau aksesori.
Pemotongan anggota yang traumatik atau luka melecet yang parah boleh berlaku.
•
Kendalikan peralatan dengan sikap berjaga-jaga.
•
Jauhkan tangan dan kaki daripada bahagian yang berputar.
•
Ikat rambut yang panjang dan tanggalkan barang kemas.
•
Jangan pakai pakaian yang longgar, benang pakaian yang terjuntai atau item yang
boleh terperangkap.
AMARAN
Enjin yang sedang bergerak mengeluarkan haba. Bahagian-bahagian enjin,
terutamanya peredam, menjadi sangat panas.
Luka melecur akibat haba yang serius boleh berlaku apabila tersentuh.
Sampah-sarap mudah terbakar seperti daun, rumput, belukar dan sebagainya
boleh terbakar.
•
Biarkan peredam, silinder enjin dan sirip menyejuk sebelum menyentuhnya.
•
Buang sampah-sarap yang terkumpul daripada kawasan peredam dan silinder.
•
Adalah menjadi satu kesalahan melanggar Kod Sumber Awam California, Seksyen
4442 untuk menggunakan atau mengendalikan enjin di atas mana-mana tanah
yang dilitupi hutan, belukar atau rumput kecuali sistem ekzos dilengkapi dengan
alat pembendung bunga api, sepertimana yang diterangkan dalam Seksyen 4442,
yang disenggarakan untuk berfungsi dengan berkesan. Lain-lain negeri atau bidang
kuasa persekutuan mungkin mempunyai undang-undang yang serupa. Hubungi
pengilang, peruncit atau ejen peralatan yang asal untuk mendapatkan pembendung
bunga api yang direka untuk sistem ekzos yang dipasang pada enjin ini.
45
Not for
Reproduction