AMARAN
Penarikan semula pantas tali pemula (tendang balik) akan menarik tangan dan lengan
anda ke arah enjin lebih pantas daripada anda boleh melepaskannya. Tulang patah,
keretakan, lebam atau terseliuh boleh berlaku. Apabila menghidupkan enjin, tarik tali
penghidup perlahan-lahan sehingga rintangan dirasai dan kemudian tarik dengan pantas
untuk mengelakkan tendang balik.
8.
Pemula Elektrik, jika dilengkapi: Tolak suis kunci (F, Rajah 4) ke posisi mula.
Apabila enjin bermula, lepaskan suis kunci.
NOTIS
Untuk memanjangkan jangka hayat pemula, gunakan kitaran permulaan
pendek (maksimum lima saat). Tunggu satu minit antara kitaran pemulaan.
9.
Semasa enjin dipanaskan, tolak kawalan pencekik (B , Rajah 4) keposisi berjalan.
NOTA: Jika enjin tidak bermula selepas percubaan berulang kali, hubungi peniaga tempatan
anda atau pergi ke VanguardEngines.com atau hubungi 1-800-999-9333 (di AS).
Hentikan Enjin
AMARAN
Bahan api dan wapnya amat mudah terbakar dan mudah meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar teruk atau kematian.
•
Jangan cekik karburetor untuk menghentikan enjin.
1.
Suis Berhenti, jika dilengkapi: Tolak suis berhenti (D, Rajah 4) ke posisi off.
Suis Utama, jika dilengkapi: Tekan suis kunci (C) ke posisi off. Keluarkan kunci
dan simpan di tempat yang selamat dan jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
2.
Selepas enjin berhenti, gerakkan penyekat bahan api (A, Rajah 4), jika dilengkapi,
ke posisi tutup.
Penyenggaraan
NOTIS
Jika enjin disengetkan semasa kerja-kerja penyenggaraan, tangki bahan api,
sekiranya dipasang pada enjin, haruslah dalam keadaan kosong dan bahagian di mana
terletaknya palam pencucuh hendaklah dinaikkan. Jika tangki bahan api tidak kosong
dan sekiranya enjin disengetkan pada bahagian yang lain, mungkin akan berlaku
kesukaran untuk menghidupkan enjin disebabkan minyak atau petrol telah mencemarkan
penapis udara dan/atau palam pencucuh.
AMARAN
Apabila melakukan kerja-kerja penyenggaraan yang memerlukan unit tersebut
disengetkan, tangki bahan api, jika dipasang pada enjin, haruslah dalam keadaan kosong
atau bahan api boleh meleleh keluar dan menyebabkan kebakaran atau letupan.
Kami syorkan anda berjumpa dengan mana-mana Ejen Servis Sah Briggs & Stratton untuk
semua kerja-kerja penyenggaraan dan servis enjin dan bahagian-bahagian enjin.
NOTIS
All the components used to build this engine must remain in place for proper
operation.
AMARAN
Percikan bunga api yang tidak disengajakan boleh menyebabkan kebakaran atau
kejutan elektrik.
Menghidupkan enjin tanpa disengajakan boleh menyebabkan sesuatu
terperangkap, pemotongan anggota badan yang traumatik atau luka melecet.
Bahaya Kebakaran
Sebelum melakukan pelarasan atau pembaikan:
•
Putuskan sambungan wayar palam pencucuh dan jauhkannya daripada palam
pencucuh.
•
Putuskan sambungan bateri di terminal negatif (hanya pada enjin dengan pemula
elektrik.)
•
Gunakan hanya peralatan yang betul.
•
Jangan ganggu spring governor, sambungan atau lain-lain alat untuk menambah
kelajuan enjin.
•
Alat-alat ganti mestilah daripada rekaan yang sama dan dipasang pada posisi yang
sama dengan alat-alat yang asal. Lain-lain alat mungkin tidak akan berfungsi dengan
baik, mungkin merosakkan unit dan mungkin menyebabkan kecederaan.
•
Jangan pukul roda tenaga dengan penukul atau objek keras kerana roda tenaga
boleh berkecai semasa operasi.
Apabila menguji untuk percikan bunga api:
•
Gunakan penguji palam pencucuh yang diluluskan.
•
Jangan lakukan ujian untuk percikan bunga api apabila palam pencucuh ditanggalkan.
Servis Kawalan Pengeluaran
Penyenggaraan, penggantian atau pembaikan peranti dan sistem kawalan
pengeluaran boleh dijalankan oleh mana-mana syarikat atau individu membaiki enjin
di tepi jalan. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan servis kawalan pengeluaran "tiada
caj", kerja tersebut mestilah dijalankan oleh seorang ejen sah kilang. Lihat Penyata-Penyata
Kawalan Pengeluaran.
Jadual Penyenggaraan
5 Jam Pertama
•
Tukar minyak
Setiap 8 Jam atau Setiap Hari
•
Periksa paras minyak enjin
•
Bersihkan kawasan di sekitar peredam dan alat kawalan
•
Bersihkan jeriji ambilan udara
Setiap 25 Jam atau Setiap Tahun
•
Bersihkan penapis udara
1
•
Bersihkan pra-penapis
1
Setiap 50 Jam atau Setiap Tahun
•
Tukar minyak enjin
•
Servis sistem ekzos
Setiap Tahun
•
Gantikan palam pencucuh
•
Gantikan penapis udara
•
Gantikan pra-pembersih
•
Bersihkan penapis bahan api
•
Servis sistem penyejukan
1
•
Periksa kelegaan injap Laraskan jika perlu.
1
Dalam keadaan berhabuk atau apabila terdapat kotoran di udara, bersihkan dengan
lebih kerap.
Karburetor dan Kelajuan Enjin
Jangan sekali-kali membuat pelarasan kepada karburetor atau kelajuan enjin Karburetor
telah ditetapkan di kilang untuk beroperasi dengan cekap di dalam kebanyakan keadaan.
Jangan ganggu spring governor, sambungan atau lain-lain alat untuk mengubah kelajuan
enjin. Jika sebarang pelarasan diperlukan, hubungi Ejen Servis Sah Briggs & Stratton
untuk perkhidmatan.
NOTIS
Pembuat peralatan menetapkan kelajuan maksima untuk enjin seperti yang
dilekapkan pada peralatan. Jangan melebihi kelajuan ini. Jika anda tidak pasti apakah
kelajuan maksima peralatan tersebut atau apakah kelajuan enjin yang telah ditetapkan
di kilang, hubungi Ejen Servis Sah Briggs & Stratton untuk bantuan. Untuk pengendalian
peralatan yang selamat dan betul, kelajuan enjin hendaklah dilaraskan hanya oleh
seorang juruteknik servis yang bertauliah.
Servis Palam Pencucuh
Lihat Gambar Rajah: 5
Periksa jurang (A, Gambar Rajah 5) dengan menggunakan tolok dawai (B). Jika perlu, set
semula jurang tersebut. Pasang dan ketatkan palam pencucuh kepada tork yang disyorkan.
Untuk tetapan jurang atau tork, lihat bahagian
Spesifikasi bahagian.
48
Not for
Reproduction