NOTA: Di sesetengah kawasan, undang-undang tempatan memerlukan penggunaan satu
perintang palam pencucuh untuk menyekat isyarat-isyarat penyalaan. Jika enjin ini, pada
asalnya telah dilengkapi dengan perintang palam pencucuh, gunakan jenis yang sama
apabila hendak menggantikannya.
Sistem Perkhidmatan Ekzos
AMARAN
Enjin yang bergerak menghasilkan haba. Bahagian enjin, terutama peredam bunyi,
menjadi sangat panas.
Kebakaran terma yang teruk boleh berlaku apabila bersentuhan.
Puing mudah terbakar, contohnya daun-daun, rumput, berus, dsb boleh mencipta
kebakaran.
•
Biarkan peredam bunyi, silinder enjin dan sirip sejuk sebelum menyentuhnya.
•
Buang puing yang terkumpul daripada kawasan peredam bunyi dan kawasan silinder.
•
Adalah melanggar Kod Sumber Awam California, Seksyen 4442, untuk mengguna
atau mengendali enjin pada sebarang tanah diliputi hutan, diliputi semak, atau diliputi
rumput kecuali sistem ekzos dilengkapi dengan pembendung bunga api, sebagai
yang dijelaskan dalam Seksyen 4442, disenggara dalam perintah bekerja yang
berkesan. Negeri-negeri lain atau bidang kuasa persekutuan mungkin mempunyai
undang-undang sama. Hubungi pengeluar kelengkapan asli, peruncit, atau peniaga
untuk memperoleh pembendung bunga api yang direka untuk sistem ekzos yang
dipasang pada enjin ini.
Tanggalkan puing yang terkumpul daripada peredam bunyi dan kawasan silinder. Periksa
peredam bunyi untuk rekahan, hakisan, atau kerosakan lain. Buang pemesong atau
pembendung bunga api, jika dilengkapkan, dan periksa kerosakan atau penghalangan
karbon. Jika kerosakan ditemui, pasang alat-alat gentian sebelum mengendali.
AMARAN
Alat-alat ganti hendaklah daripada reka bentuk yang sama dan dipasang pada posisi
yang sama seperti alat-alat yang asal. Bahagian-bahagian lain mungkin tidak akan
berfungsi dengan baik, mungkin akan merosakkan unit dan mungkin akan menyebabkan
kecederaan.
Tukar Minyak Enjin
Lihat Rajah: 6, 7
Minyak yang telah diguna ialah sisa buangan berbahaya dan mesti dibuang dengan betul.
Jangan buang bersama sisa buangan isi rumah. Semak dengan badan berkuasa tempatan,
pusat servis atau peniaga anda untuk fasiliti pembuangan/kitar semula yang selamat.
Keluarkan Minyak
1.
Dengan enjin dimatikan tetapi masih panas, putuskan sambungan wayar palam
pencucuh (D, Rajah 6) dan jauhkannya daripada palam pencucuh (E).
2.
Tarik keluar batang celup (A, Rajah 7).
3.
Tanggalkan palam saliran minyak (F, Rajah 7). Salirkan minyak ke dalam bekas
yang dibenarkan.
NOTA: Pelbagai palam saliran minyak (G, Rajah 7) dipasang dalam enjin.
4.
Selepas minyak disalirkan, pasang dan ketatkan palam saliran minyak (F, Rajah 7).
Tambah Minyak
•
Pastikan enjin dalam keadaan sekata.
•
Bersihkan sebarang kotoran di kawasan mengisi minyak.
•
Lihat bahagian
Spesifikasi untuk kapasiti minyak.
1.
Tarik keluar batang celup (A, Rajah 7) dan lap dengan kain yang bersih.
2.
Tuang minyak dengan perlahan-lahan ke dalam bekas isian minyak enjin (C, Rajah
7). Isi hingga titik melimpah.
3.
Tarik keluar batang celup (A, Rajah 7). Jangan buka atau ketatkan.
4.
Tarik keluar batang celup dan periksa aras minyak. Aras minyak yang betul ialah di
atas penunjuk penuh (B, Rajah 7) pada batang celup.
5.
Masukkan semula dan ketatkan batang celup (A, Rajah 7).
6.
Sambungkan wayar palam pencucuh (D, Rajah 6) kepada palam pencucuh (E).
Servis Penapis Udara
Lihat Rajah: 8, 9
AMARAN
Bahan api dan wapnya amat mudah terbakar dan mudah meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar teruk atau kematian.
•
Jangan sekali-kali menghidupkan enjin dengan pemasangan pembersih udara (jika
dilengkapi ) atau penapis udara (jika dilengkapi ) ditanggalkan.
NOTIS
Jangan gunakan tekanan udara atau bahan pelarut untuk membersihkan
penapis. Tekanan udara boleh merosakkan penapis dan pelarut akan melarutkan
penapis.
Lihat
Jadual Penyenggaraan untuk keperluan servis.
Sistem penapis udara menggunakan penapis kertas dengan pilihan pra-pembersih.
Pra-pembersih boleh dibasuh dan digunakan semula.
1.
Longgarkan pengikat (A, Rajah 8, 9).
2.
Buka penutup (B, Rajah 8, 9) dan tanggalkan pra-pembersih(C), penahan penapis
(D, Rajah 8), jika dilengkapi, dan penapis (E).
3.
Untuk melonggarkan kotoran, tepuk penapis dengan lembut pada permukaan yang
keras. Jika penapis terlalu kotor, gantikan dengan penapis baharu.
4.
Basuh pra-pembersih ( C, Rajah 8, 9) jika dilengkapi, di dalam cecair pencuci dan
air. Biarkan pra-pembersih benar-benar kering. Jangan sapu minyak pada pra
pembersih.
5.
Pasang pra-pembersih (C, Rajah 8, 9), jika dilengkapi, penahan penapis (D, Rajah
), jika dilengkapi, dan penapis (E).
6.
Pada model yang dilengkapi dengan penapis udara seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 8, pasangkan tab penutup (F) ke dalam slot (G).
7.
Pasang penutup (B, Rajah 8, 9) dan ketatkan dengan pengikat (A). Pastikan pengikat
benar-benar ketat.
Servis Sistem Bahan api
Lihat Rajah: 10
AMARAN
Bahan api dan wapnya amat mudah terbakar dan mudah meletup.
Kebakaran atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar teruk atau kematian.
•
Jauhkan bahan api dari percikan api, nyalaan terbuka, api pilot, haba, dan
sumber-sumber penyalaan yang lain.
•
Periksa tahap bahan api, tangki, penutup, dan kelengkapan dengan kerap untuk
mengesan retak atau bocor. Ganti jika perlu.
•
Sebelum membersihkan atau menggantikan penapis bahan api, alirkan tangki bahan
apai atau tutup injap penyekat bahan api.
•
Jika bahan api tumpah, tunggu sehingga ia menyejat sebelum menghidupkan enjin.
•
Bahagian-bahagian penggantian hendaklah sama dan dipasang dalam kedudukan
yang sama dengan bahagian-bahagian asal.
1.
Tutup injap penyekat bahan api (B, Rajah 10) dan biarkan enjin berjalan sehingga
ia berhenti. Jika tidak, bahan api akan melimpah keluar dan menyebabkan api.
2.
Alihkan mangkuk (C, Rajah 10) dengan perengkuh. Bersihkan kotoran daripada
penapis (A) dan mangkuk.
3.
Periksa penapis (A, Rajah 10), gasket (D), dan mangkuk (C) untuk mengesan
keretakan dan kerosakan lain. Ganti jika perlu.
4.
Pasang penapis (A, Rajah 10), gasket (D), dan mangkuk (C). Ketatkan dengan
perengkuh.
5.
Buka injap penyekat bahan api (B, Rajah 10) dan periksa kebocoran.
49
Not for
Reproduction