servis, sila cari Ejen Pusat Servis Sah dalam peta lokasi ejen kami di
BRIGGSandSTRATTON.COM. Pembeli hendaklah menghubungi Ejen Pusat Servis Sah
dan kemudian bawa produk yang berkenaan kepada Ejen Pusat Servis Sah untuk diperiksa
dan diuji.
Tidak ada waranti termaktub yang lain. Waranti tersirat, termasuk kebolehniagaan
dan kesesuaiannya adalah untuk tujuan yang tertentu, adalah terhad kepada tempoh
waranti yang disenaraikan di bawah atau setakat yang dibenarkan oleh
undang-undang. Liabiliti untuk kerosakan sampingan atau lanjutan adalah dikecualikan
setakat pengecualian yang dibenarkan oleh undang-undang. Sesetengah negeri atau
negara tidak membenarkan pengehadan ke atas berapa lama tempoh bagi satu waranti
tersirat dan sesetengah negeri atau negara tidak membenarkan pengecualian atau
pengehadan bagi kerosakan sampingan atau lanjutan, oleh itu pengehadan dan
pengecualian di atas mungkin tidak terpakai kepada anda. Waranti ini memberikan anda
hak undang-undang yang tertentu dan anda mungkin juga mempunyai lain-lain hak yang
berbeza dari satu negeri ke satu negeri dan dari satu negara ke satu negara
4
.
Terma-Terma Waranti Standard
1, 2
Kegunaan
Komersial
Kegunaan
Pengguna
Jenama / Nama Produk
36 bulan
36 bulan
Vanguard™
3
24 bulan
24 bulan
Commercial Turf Series™ ; Siri Komersial
12 bulan
24 bulan
Enjin Menampilkan Sarung Besi Tuang Dura-Bore™
3 bulan
24 bulan
Semua Enjin Briggs & Stratton Yang Lain
1
Ini ialah terma-terma waranti standard kami tetapi ada ketikanya mungkin terdapat
perlindungan waranti tambahan yang tidak ditentukan pada masa penerbitan. Untuk
senarai terma waranti semasa bagi enjin anda, sila lawati
BRIGGSandSTRATTON.com atau hubungi Ejen Servis Sah Briggs & Stratton anda.
2
Tiada waranti untuk enjin bagi peralatan yang digunakan untuk kuasa utama
sebagai ganti satu kegunaan atau sebagai janakuasa tunggu sedia yang digunakan
untuk tujuan komersial. Enjin yang digunakan dalam perlumbaan kompetitif atau
untuk komersial atau trek sewaan adalah tidak dijamin.
3
Vanguard dipasang pada janakuasa tunggu sedia: 24 bulan kegunaan pengguna,
tiada waranti kegunaan komersial. Vanguard dipasang pada kenderaan utiliti: 24
bulan kegunaan pengguna, 24 bulan kegunaan komersial. Vanguard 3 silinder dengan
penyejukan cecair: lihat Briggs & Stratton 3/LC Polisi Waranti Enjin.
4
Di Australia - Barangan kami didatangkan dengan jaminan yang tidak boleh
dikecualikan di bawah Undang-Undang Pengguna Australia. Anda berhak mendapat
penggantian atau bayaran balik untuk kegagalan utama dan sebagai pampasan
untuk sebarang kerugian atau kerosakan lain yang dapat diramalkan dengan
munasabah. Anda juga berhak meminta barangan tersebut dibaiki atau digantikan
sekiranya barangan tersebut gagal mempunyai kualiti yang boleh diterima dan
kegagalan tersebut tidak menyebabkan kegagalan utama. Untuk servis waranti, cari
Ejen Servis Sah yang terdekat dalam peta lokasi ejen kami di
BRIGGSandSTRATTON.COM atau dengan menghubungi 1300 274 447 atau dengan
menghantar emel atau menulis ke salesenquiries@briggsandstratton.com.au, Briggs
& Stratton Australia Pty Ltd, 1 Moorebank Avenue, Moorebank, NSW , Australia,
2170.
Tempoh waranti bermula pada tarikh pembelian oleh pengguna runcit atau komersial yang
pertama. "Kegunaan pengguna" bermaksud kegunaan isi rumah kediaman peribadi oleh
seorang pengguna runcit. "Kegunaan komersial" bermaksud semua kegunaan lain,
termasuklah kegunaan untuk komersial, penghasilan pendapatan atau bagi tujuan sewaan.
Apabila enjin telah mengalami kegunaan komersial, ia akan selepas itu, dianggap sebagai
sebuah enjin untuk kegunaan komersial bagi tujuan waranti ini.
Simpan resit bukti pembelian anda. Jika anda tidak menunjukkan bukti tarikh
pembelian kali pertama pada masa servis waranti dipohon, tarikh pengilangan produk
akan digunakan untuk menentukan tempoh waranti. Pendaftaran produk tidak
diperlukan untuk mendapatkan servis waranti ke atas produk-produk Briggs &
Stratton.
Tentang Waranti Anda
Waranti terhad ini meliputi bahan berkaitan enjin dan/atau isu-isu mutu kerja sahaja dan
tidak meliputi penggantian atau bayaran balik bagi peralatan yang mungkin digunakan
untuk memegang enjin. Penyenggaraan rutin, penalaan, pelarasan atau haus dan lusuh
yang lazim adalah tidak dijamin di bawah waranti ini. Juga, waranti ini tidak terpakai
sekiranya enjin telah diubah atau diubah suai atau jika nombor siri enjin telah dirosakkan
atau dibuang. Waranti ini tidak meliputi kerosakan enjin atau masalah prestasi disebabkan
oleh:
1.
Penggunaan bahagian-bahagian yang bukan bahagian Briggs & Stratton yang tulen;
2.
Mengendalikan enjin dengan minyak pelincir yang tidak mencukupi, tercemar atau
mempunyai gred yang salah;
3.
Penggunaan bahan api tercemar atau lapuk, petrol yang diformulasikan dengan
etanol melebihi daripada 10% atau penggunaan bahan api alternatif seperti petroleum
cair atau gas asli dengan enjin yang asalnya tidak direka/dikilangkan oleh Briggs &
Stratton untuk beroperasi dengan bahan api seperti itu;
4.
Kotoran yang memasuki enjin kerana penyenggaraan atau pemasangan semula
pembersih udara yang tidak betul;
5.
Memukul objek dengan bilah pemotong sebuah pemotong rumput berputar, penyesuai
bilah yang dipasang longgar atau tidak betul, impeler atau lain-lain alat memadan
aci engkol atau keketatan tali-v yang berlebihan;
6.
Bahagian-bahagian atau pemasangan yang berkaitan seperti klac, transmisi, kawalan
peralatan, dan sebagainya, yang tidak dibekalkan oleh Briggs & Stratton;
7.
Pemanasan melampau disebabkan oleh keratan rumput, kotoran dan serpihan atau
sarang rodent yang menghalang atau menyumbat sirip pendinginan atau kawasan
roda tenaga atau dengan mengendalikan enjin tanpa pengudaraan yang mencukupi;
8.
Gegaran yang berlebihan disebabkan oleh kelajuan berlebihan, pemasangan enjin
yang longgar, bilah pemotong atau impeler yang longgar atau tidak seimbang atau
gandingan komponen peralatan yang tidak betul kepada aci engkol;
9.
Salah penggunaan, kurang penyenggaraan rutin, penghantaran, pengendalian atau
penggudangan peralatan atau pemasangan enjin tidak betul.
Servis waranti boleh didapati hanya melalui Ejen Servis Sah Briggs & Stratton.
Dapatkan Ejen Servis Sah terdekat anda di peta lokasi ejen kami di
BRIGGSandSTRATTON.COM atau dengan menelefon 1-800-233-3723 (di USA).
80004537 (Rev.B)
51
Not for
Reproduction