PI01032
Halaman 7 daripada 8
Semakan: D
Tarikh Semakan: Julai 2021
MEMAKAI KANTA
1.
Sebelum memakai kanta, pastikan kanta tidak terbalik. Letakkan kanta di atas jari telunjuk anda
untuk memastikan bentuknya (Rajah 1 & 2).
2.
Dengan menggunakan jari tengah, tarik kelopak mata bawah ke bawah. Dengan menggunakan jari
telunjuk tangan yang sebelah lagi, tarik kelopak mata atas ke atas. Letakkan kanta pada mata (Rajah
3). Ulang langkah ini pada mata yang sebelah lagi.
MENANGGALKAN KANTA
Tarik kelopak mata dengan kedua-dua jari tengah. Pandang ke atas dan dengan jari telunjuk di bawah
kelopak mata; gerakkan kanta ke arah bahagian putih pada mata. Dengan menggunakan ibu jari dan
jari telunjuk, pegang dan tarik kanta keluar (Rajah 4). Ulang langkah ini pada mata yang sebelah lagi.
DISINFEKSI/RENDAMAN
Bagi kanta yang dipakai lebih daripada sekali, cuci dan disinfeksikannya mengikut arahan sepenuhnya
pada botol larutan atau seperti yang diarahkan oleh pengamal penjagaan mata anda.
Kanta pakai buang harian hanya boleh dipakai sekali sahaja dan selepas itu hendaklah dibuang. Jika
kanta anda ialah jenis kanta pakai buang harian, JANGAN pakai kanta lebih daripada sekali. Kanta
pakai buang harian tidak boleh dicuci atau didisinfeksikan dan dipakai lebih daripada sekali. Kanta
pakai buang harian yang dipakai lebih daripada sekali mungkin rosak dan anda mungkin berisiko tinggi
mengalami jangkitan mata atau masalah lain yang dikaitkan dengan penjagaan dan pengendalian kanta
lekap.
JIKA KANTA MENJADI KERING:
Basahkannya semula dengan larutan disinfeksi, rendaman atau bilasan diikuti dengan langkah
Disinfeksi/Rendaman di atas.
LANGKAH BERJAGA-JAGA:
1.
Bagi semua jenis kanta, pengamal penjagaan mata anda akan mengesyorkan cara memakai,
mencuci dan menggantikan kanta. Jangan ubah cara yang disyorkan ini. Jika anda berasa ragu,
dapatkan nasihat pengamal penjagaan mata anda.
2.
Jika memakai kanta yang dikhususkan untuk pemakaian jangka panjang, tanggalkan dan buang
kanta pada sebelah petang sebelum tiba masa anda menggantikannya. Pakai kanta yang baharu
pada hari berikutnya.
3.
Bagi kanta yang dipakai lebih daripada sekali, sentiasa cuci dan disinfeksikan kanta anda selepas
kanta ditanggalkan mengikut arahan yang diberikan.
4.
Jika mata anda menjadi merah atau merengsa atau anda mengalami apa-apa kesakitan atau
perubahan penglihatan yang tidak dijangka, tanggalkan kanta dengan segera dan hubungi pengamal
penjagaan mata anda.