PI01032
Halaman 8 daripada 8
Semakan: D
Tarikh Semakan: Julai 2021
5.
Elakkan kanta daripada dicemari alat solek, semburan aerosol atau memakainya berhampiran
wasap berbahaya.
6.
Ganti kanta yang rosak, tercemar atau tercalar dengan segera.
7.
Elakkan menyimpan kuku panjang yang boleh mengumpul bakteria dan menyebabkan kerosakan
mata atau kanta. Mata yang tercalar mudah diserang jangkitan.
8.
Jauhkan kanta daripada kanak-kanak.
9.
Kanta hanya boleh dipakai untuk sukan air jika gogal kedap air dipakai.
AMARAN:
1.
JANGAN
tidur dengan memakai kanta kecuali pengamal penjagaan mata anda menyatakan
bahawa selamat untuk berbuat demikian.
2.
JANGAN
pakai kanta melebihi tempoh yang disyorkan oleh pengamal penjagaan mata anda.
3.
JANGAN
guna produk pembersih di rumah (contohnya, disinfektan) pada kanta anda.
4.
JANGAN
pakai kanta jika anda menggunakan ubat titis mata (kecuali dinasihatkan supaya berbuat
demikian oleh pengamal perubatan).
5.
JANGAN
guna air liur untuk membasahkan kanta anda.
6.
JANGAN
bilas kanta atau bekas kanta dengan air paip.