34 www.electrolux.com
MAKLUMAT KESELAMATAN
1.1 KESELAMATAN AM
Adalah merbahaya untuk mengubah spesifi-
kasi atau cuba mengubah suai produk ini
dalam apa-apa cara sekali pun.
Semasa program basuh bersuhu tinggi, kaca
pintu boleh menjadi panas. Jangan sentuh!
Pastikan haiwan peliharaan tidak memanjat
masuk ke dalam dram. Untuk mengelakkan
perkara ini, sila periksa dalam dram sebelum
menggunakan perkakas.
Objek seperti duit syiling, pin, paku, skru, batu
atau apa-apa benda keras dan tajam boleh
menyebabkan kerosakan yang serius dan
tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin.
Hanya gunakan kuantiti pelembut pakaian
dan detergen yang disarankan. Kerosakan
kepada fabrik atau peralatan boleh berlaku
jika anda terlebih muatkan. Rujuk cadangan
kuantiti daripada pengilang.
Basuh item kecil seperti sarung kaki, les, tali
pinggang boleh basuh dll dalam beg basuh
atau sarung bantal kerana item seperti ini
boleh termasuk ke dalam ruang antara tab
dan dram dalaman.
Alat ini tidak ditulukan untuk penggunaan
orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya fizikal, sensitiviti deria atau mental, atau
kurang pengalamandan pengetahuan,
Jangan gunakan mesin pembasuh
untuk membasuh barang dengan
tetulang, barang tanpa jahit tepi atau
terkoyak.
melainkan mereka telah diberi
penyeliaan atau arahan mengenai
penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab ke atas
keselamatan mereka.
Sentiasa cabut keluar plag perkakas
dan matikan bekalan air selepas
digunakan, dibersihkan dan diseleng-
garakan.
Anda dilarang untuk memperbaiki
mesin ini sendiri, walau dalam apa
keadaan sekali pun. Kerja-kerja
pembaikan yang dijalankan oleh orang
yang tidak berpengalaman mungkin
menyebabkan kecederaan atau
malfungsi yang serius. Hubungi Pusat
Servis setempat anda.
1.
Perkakas ini berat. Hendaklah berjaga-
jaga semasa memindahkannya.
Semasa perkakas dikeluarkan daripada
bungkusannya, periksa untuk pastikan
tiada kerosakan. Jika berasa ragu,
jangan gunakannya dan hubungilah
Pusat Servis.
Semua bolt pengangkutan dan bahan
pembungkusan mesti dikeluarkan
sebelum penggunaan. Kerosakan
serius boleh berlaku kepada produk
dan kepada harta jika tidak mematuhi
langkan ini. Lihat bahagian yang
relevan dalam manual pengguna ini.
1.2 PEMASANGAN
Setelah memasang perkakas ini,
periksa bahawa ia tidak berdiri di atas
hos saluran masuk dan saluran keluar,
dan permukaan kerja tidak menekan
kabel bekalan elektrik pada dinding.
Jika mesin terletak di atas lantai
berkarpet, sila laraskan kaki untuk
membenarkan udara beredar dengan
bebas.
Demi kepentingan kesela,atan anda dan untuk
memastikan penggunaan yang betul, sebelum
memasang dan perkara pertama untuk
menggunakan mesin ini, baca panduan
pengguna ini dengan berhati-hati, termasuk-
lah petua dan amaran.
Untuk mengelakkan kesilapan dan kemalan-
gan yang tidak sepatutnya, adalah peting
untuk memastikan bahawa semua orang yang
menggunakan mesin ini memahami cara
pengendalian dan ciri-ciri keselamatannya.
Simpan arahan ini dan pastikan ia tetap
barada bersama mesin ini jika la dipindahkan
atau dljual, supaya semua orang yang
menggunakan alat ini di sepanjang hayatnya
akan mendapat maklumat yang betul menge-
nai penggunaan dan keselamatan alat ini.