42
Cara penggunaan
― Cuci, bilas dan keringkan koleh kembara sebelum ia digunakan buat
kali pertama. Tanggalkan penutup dengan memusingkannya ke kanan
(rajah 1) dan tanggalkan penuras (rajah 2). Isi dan letakkan penutup.
Untuk minum daripada koleh kembara ini, pegang bulatan di atas
penutup dan tarik perlahan-lahan ke atas sehingga ada bunyi klik
(rajah 3), untuk posisi tertutup, tarik ke bawah (rajah 4).
― Untuk menukar kertas di dalam, pusingkan bahagian bawah koleh ke
kiri (rajah 5). Tanggalkan kertas (rajah 6) dan gunakan ia sebagai
templat (rajah 7) untuk memotong kertas anda sendiri untuk
menghias koleh (rajah 8). Masukkan kertas (rajah 9) dan tutup dengan
memusingkan bahagian bawah ke kanan (rajah 10).
Pembersihan
Kosongkan ia selepas digunakan dan cuci dengan tangan di dalam air
dengan sedikit tambahan bikarbonat soda atau bahan cuci pinggan
mangkuk. Penutup koleh dibahagikan ke tiga bahagian yang boleh
dipisahkan untuk permbersihan yang lebih teliti. Pembersihan yang teliti
adalah penting jika koleh telah digunakan untuk kopi atau teh susu,
kerana ini merisikokan pertumbuhan bakteria. Penting! Penutup mesti
berada dalam kedudukan tertutup untuk dipisahkan (rajah 4). Untuk
menanggalkan penutup; pusingkan penutup ke atas bawah dan pegang
bulatan bertanda anak panah. Pusingkan secara perlahan ke kanan atau
ke kiri (rajah 11) sehingga anda mendengar bunyi klik. Kini penutup boleh
dipisahkan.
Untuk pengetahuan anda
Koleh kembara ini mengekalkan kehangatan atau kesejukan minuman
anda, tetapi ia tidak mempunyai fungsi yang sama seperti kelalang vakum.
Jika anda ingin menyimpan minuman agar panas atau sejuk untuk jangka
masa yang panjang, anda sepatutnya menggunakan kelalang vakum.
BAHASA MALAYSIA
Summary of Contents for HEMLIG
Page 1: ......
Page 2: ...2...
Page 3: ...3...
Page 4: ...4...
Page 5: ...5...
Page 6: ...6...
Page 7: ...7...
Page 30: ...30 1 2 3 4 5 6 8 9 10 3 4 11...
Page 32: ...32 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 4 11...
Page 33: ...33 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 4 11...
Page 37: ...37 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 4 11...
Page 38: ...38 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 3 4 11...
Page 39: ...39 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 3 4 11...
Page 40: ...40 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 3 4 11...
Page 43: ...43 2 1 3 4 5 7 6 9 8 10 4 11...
Page 44: ...44 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 3 4 11...
Page 45: ...45...