62
Bahasa M
ala
ysia
63
Bahasa M
ala
ysia
Perihalan Jabra BT325s anda
8
3
5
6
2
7
1
4
10
9
!
Terima kasih
Terima kasih kerana membeli set kepala Bluetooth Jabra BT325s . Kami harap anda
menyukainya .
Panduan pengguna ini akan membantu anda untuk bermula dan bersedia untuk
memaksimumkan penggunaan set kepala Jabra anda .
Ingatlah, dahulukan memandu, bukan panggilan!
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengganggu perhatian anda dan
meningkatkan kemungkinan berlakunya kemalangan . Jika keadaan memandu amat
mendesak (seperti cuaca buruk, kesesakan lalu lintas, kehadiran kanak-kanak di dalam
kereta, keadaan jalan raya yang sukar), hentikan kereta di bahagian tepi jalan sebelum
membuat atau menjawab panggilan . Selain itu, cuba pendekkan perbualan dan jangan
ambil nota atau membaca dokumen .
Penggunaan set kepala ini dengan kedua-dua belah
telinga tertutup semasa memandu mungkin tidak dibenarkan di
sesetengah negara.
Ingat: Sentiasa memandu dengan selamat, elakkan gangguan dan
patuhi undang-undang di mana anda berada.
Lindungi pendengaran anda!
AMARAN: Menggunakan fon kepala pada kelantangan yang tinggi boleh mengakibatkan
kehilangan pendengaran yang kekal . Jika anda mengalami dengungan dalam telinga anda,
kurangkan kelantangan atau hentikan penggunaan fon kepala . Dengan penggunaan
berterusan pada kelantangan tinggi, telinga anda mungkin menjadi biasa dengan tahap
bunyi tersebut, yang mana mungkin mengakibatkan kerosakan kekal kepada pendengaran
anda . Kekalkan kelantangan pada tahap yang selamat . Menggunakan fon kepala semasa
mengendalikan kenderaan bermotor, motosikal, kenderaan air atau basikal mungkin
berbahaya dan adalah salah di sisi undang-undang dalam sesetengah negara . Semak
undang-undang setempat anda . Berhati-hati ketika menggunakan fon kepala semasa
menjalankan sebarang aktiviti yang memerlukan perhatian anda sepenuhnya . Semasa
sedang menjalankan aktiviti sedemikian, mengalihkan pembesar suara daripada kawasan
telinga anda atau mematikan fon kepala anda akan dapat mengelakkan anda daripada
terganggu, agar kemalangan atau kecederaan dapat dielakkan .
Jika menggunakan set fon kepala selain daripada model Jabra yang dibekalkan,
sila ambil perhatian bahawa perbezaan impedans dan kepekaan mungkin
mengehadkan atau menambah tahap keluaran kelantangan maksimum. Oleh
itu, sentiasa amalkan langkah beringat apabila menggunakan fon kepala selain
daripada model Jabra yang asli.
1. Tambahkan kelantangan (+)
Kurangkan kelantangan (-)
2. Soket fon kepala
3. Penyambung fon kepala (boleh
ditanggalkan)
4. Klip penutup dengan gelung lanyard
5. Butang jawab/tamat
6. Kord tetap dengan jek stereo 3 .5 mm
untuk peranti muzik luaran
7. Lampu Penunjuk
8. Fon kepala stereo (boleh ditukar)
9. Mikrofon
10. Soket mengecas