18
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Kegagalan untuk mematuhi
garis panduan ini mungkin berbahaya atau melanggar undang-undang.
Maklumat yang lebih terperinci diberi dalam manual ini.
AMARAN
• Telefon mudah alih hendaklah dimatikan pada setiap masa di dalam
pesawat terbang.
• Jangan pegang telefon semasa memandu.
• Jangan gunakan telefon berhampiran dengan stesen petrol, depot
bahan bakar, loji kimia atau operasi letupan.
• Demi keselamatan anda, gunakan HANYA bateri dan pengecas TULEN
yang dinyatakan.
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah semasa telefon
sedang dicas. Ia mungkin akan menyebabkan kejutan elektrik atau
kerosakan serius kepada telefon anda.
• Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada jangkauan
kanak-kanak kecil. Ia termasuk bahagian kecil yang jika tertanggal,
boleh menyebabkan bahaya tercekik.
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan dengan pengudaraan yang baik.
AWAS
• Matikan telefon di mana-mana kawasan jika diarahkan oleh peraturan
khusus. Misalnya, jangan gunakan telefon di dalam hospital kerana ia
menjejaskan peralatan perubatan yang sensitif.
• Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia pada semua rangkaian
mudah alih. Oleh itu, anda hendaklah tidak bergantung semata-mata
pada telefon ini untuk panggilan kecemasan.
• Hanya gunakan aksesori TULEN untuk mengelakkan kerosakan pada
telefon anda.
• Semua penghantar radio membawa risiko gangguan dengan
elektronik yang berdekatan. Gangguan yang sedikit mungkin boleh
menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
• Bateri hendaklah dilupuskan mengikut perundangan yang berkaitan.
• Jangan buka pemasangan telefon atau bateri.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan gelombang radio dan Kadar penyerapan
Khusus (SAR)
Telefon mudah alih model LG-A190 ini telah direka bentuk untuk
mematuhi keperluan keselamatan yang dikenakan berkenaan
pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan
yang bertujuan memastikan keselamatan bagi semua orang, tanpa
mengira umur atau tahap kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio
menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan
Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR adalah dijalankan menggunakan
kaedah yang dipiawaikan yang mana telefon memancar pada aras
kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi yang
digunakan.
• Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai
model telefon LG, semuanya telah direka bentuk untuk memenuhi
garis panduan berkaitan bagi pendedahan terhadap gelombang radio.
Garis panduan untuk penggunaan selamat
dan cekap
Garis panduan untuk penggunaan selamat
dan cekap
(Bersambung)
Summary of Contents for A190
Page 2: ...LG A190 用户指南 此手册有助于您了解您的新手机 它将提供关于手机功能的有用说 明 视话机软件或服务提供商而定 本手册中的部分内容可能与您的手 机有所不同 ...
Page 55: ......
Page 113: ......