21
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Pengion (International Commission on
Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP), iaitu 2W/kg dipuratakan
atas sepuluh (10) gram tisu.
• Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji oleh DASY4
untuk penggunaan telinga ialah 0.936 W/kg (10g) dan apabila dipakai
pada badan ialah 0.856 W/kg (10g).
• Maklumat data SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah
mengamalkan had SAR yang disyorkan oleh Institut Jurutera Elektrik
dan Elektronik (IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan atas satu (1) gram tisu.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang telah diluluskan
untuk kegunaan dengan model telefon ini sahaja. Penggunaan sebarang
jenis lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang
berkaitan dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
• Jangan buka pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis
yang layak apabila kerja pembaikan diperlukan.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator
atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini didedahkan pada getaran atau kejutan
mekanikal.
• Salutan telefon mungkin rosak jika ia dibalut dengan balutan atau
pembalut vinil.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit.
(Jangan gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol.)
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan;
ia boleh menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam; kerana ini boleh
merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
• Gunakan aksesori seperti fon telinga dengan hati-hati. Jangan tekan
antena jika tidak perlu.
Operasi telefon yang cekap
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mudah dipengaruhi oleh gangguan yang
boleh menjejaskan prestasinya.
• Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan
perubatan tanpa meminta kebenaran. Elakkan daripada meletakkan
telefon di atas perentak jantung iaitu di dalam poket dada anda.
• Sesetengah alat bantuan pendengaran mungkin diganggu oleh telefon
mudah alih.
• Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
Keselamatan di jalan raya
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon
mudah alih di kawasan tempat anda memandu.
• Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
• Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
Garis panduan untuk penggunaan selamat
dan cekap
(Bersambung)
Garis panduan untuk penggunaan selamat
dan cekap
(Bersambung)
Summary of Contents for A190
Page 2: ...LG A190 用户指南 此手册有助于您了解您的新手机 它将提供关于手机功能的有用说 明 视话机软件或服务提供商而定 本手册中的部分内容可能与您的手 机有所不同 ...
Page 55: ......
Page 113: ......