22
• Gunakan kit bebas tangan, jika tersedia.
• Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab
panggilan jika keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat
demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik
di dalam kenderaan anda seperti stereo kereta dan kelengkapan
keselamatan.
• Jika kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halang ia dengan
kelengkapan wayarles yang dipasang atau mudah alih. Ia mungkin
tidak akan berfungsi atau menyebabkan kecederaan serius disebabkan
prestasi yang tidak betul.
Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan
bahawa kelantangannya berada pada paras yang berpatutan agar anda
sedar akan keadaan di sekeliling anda. Ini amat penting terutamanya
ketika berhampiran dengan jalan.
Elakkan kerosakan kepada pendengaran anda
Pendengaran anda mungkin akan rosak jika anda terdedah kepada
bunyi yang kuat dalam tempoh yang lama. Oleh itu kami menyarankan
agar anda tidak menghidupkan atau mematikan telefon terlalu hampir
dengan telinga anda. Kami juga menyarankan bahawa kelantangan
muzik dan panggilan ditetapkan pada paras yang berpatutan.
Nota:
Tekanan bunyi yang melampau daripada fon telinga boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi
sekatan,dan ikuti sebarang peraturan yang dikenakan.
Tempat yang mungkin boleh meletup
• Jangan gunakan telefon di tempat pengisian bahan api. Jangan
gunakan berhampiran bahan bakar atau bahan kimia.
• Jangan angkut atau simpan gas atau cecair mudah terbakar, atau
bahan letupan di dalam petak simpanan kenderaan anda, yang
mengandungi telefon mudah alih anda dan aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan pada pesawat.
• Matikan telefon bimbit anda sebelum menaiki sebarang pesawat.
• Jangan gunakannya semasa di dalam pesawat tanpa kebenaran
daripada anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada jangkauan
kanak-kanak kecil. Ia termasuk bahagian kecil yang jika tertanggal, boleh
menyebabkan bahaya tercekik.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia pada semua rangkaian
mudah alih. Oleh itu, anda hendaklah tidak bergantung semata-mata
pada telefon ini untuk panggilan kecemasan. Semak dengan pembekal
khidmat tempatan anda.
Garis panduan untuk penggunaan selamat
dan cekap
(Bersambung)
Garis panduan untuk penggunaan selamat
dan cekap
(Bersambung)
Summary of Contents for A190
Page 2: ...LG A190 用户指南 此手册有助于您了解您的新手机 它将提供关于手机功能的有用说 明 视话机软件或服务提供商而定 本手册中的部分内容可能与您的手 机有所不同 ...
Page 55: ......
Page 113: ......