Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien (bersambung)
4
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
•
Sentiasa menggunakan bateri, pengecas dan aksesori
LG tulen yang diluluskan untuk digunakan bersama
model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis
lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti
yang berkaitan dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
•
Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza
daripada peranti anda tanpa notis lebih awal.
•
Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia
kepada juruteknik servis yang layak jika kerja pembaikan
diperlukan.
•
Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG,
mungkin termasuk penggantian bahagian atau papan
yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan
kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
•
Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan
komputer peribadi.
•
Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba
dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik
yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa
mengira umur dan kesihatan.
•
Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang
radio menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai
Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR
dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan
dengan telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui
yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
•
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR
pelbagai model telefon LG, semuanya direka bentuk
untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
•
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-
Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) Antarabangsa,
iaitu 2 W/kg dipuratakan ke atas sepuluh 10 g tisu.
•
Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang
diuji untuk penggunaan telinga ialah 0.493 W/kg (10 g)
dan apabila dipakai pada badan ialah 1.430 W/kg (10 g).
•
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan
RF apabila digunakan sama ada dalam kedudukan
penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan
pada jarak sekurang-kurangnya 5 mm dari badan.
Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau
pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian
pada badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam
dan perlu meletakkan produk pada jarak sekurang-
kurangnya 5 mm dari badan anda. Untuk memindahkan
data fail dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan
berkualiti pada rangkaian. Dalam beberapa kes,
pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan
sehingga sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan
jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan selesai.