Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien (bersambung)
7
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan,
yang boleh menjejaskan prestasi.
•
Jangan gunakan telefon mudah alih anda
berhampiran kelengkapan perubatan tanpa meminta
kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak
jantung, contohnya, di dalam poket dada anda.
•
Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu
oleh telefon mudah alih.
•
Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio,
PC, dsb.
•
Guna telefon anda dalam suhu di antara 0 ºC
dan 40 ºC, jika boleh. Mendedahkan telefon anda
kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan
mengakibatkan kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai
penggunaan telefon mudah alih di kawasan tempat anda
memandu.
•
Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa
memandu.
•
Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
•
Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat
atau menjawab panggilan jika keadaan pemanduan
memerlukan anda berbuat demikian.
•
Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem
elektronik di dalam kenderaan anda seperti stereo kereta
dan kelengkapan keselamatan.
•
Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan
halangnya dengan kelengkapan wayarles yang dipasang
atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau
menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
•
Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana
haba pada penggunaan biasa. Sentuhan langsung
dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam
keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin
akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur
sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila
mengendalikan telefon anda atau betul-betul selepas
menggunakannya.
•
Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta
merta untuk mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan
cuba untuk mempercepatkan proses mengering dengan
sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar
gelombang mikro atau pengering rambut.
•
Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label
produk dalam telefon anda. Kerosakan pada peranti
anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh
waranti anda.