●
●
●
Pembersihan
Sila bersihkan mendapan mineral pada bahagian bawah cerek secara berkala bagi
memanjangkan jangka hayat cerek.
Tanggalkan plag dari soket dan biarkan air di dalam cerek menyejuk sebelum kerja
pembersihan dijalankan.
Jangan cuci bahagian luar cerek dengan bahan kimia, berus keluli atau bahan pencuci
yang melelas kerana ia akan menyebabkan permukaannya tergores dan warnanya
menjadi luntur.
Isikan cerek ini dengan 0.5 liter cuka putih dan bakinya dengan air, biarkan
sekurang-kurangnya 1 jam.
Kosongkan air di dalam cerek, lap mendapan yang tertinggal dengan kain basah.
Isikan cerek dengan air, biarkan ia mendidih dan kemudian dituang keluar. Ulangi
sekali lagi sebelum cerek ini dipakai semula.
Ulangi langkah-langkah di atas beberapa kali jika difikirkan perlu.
Jangan direndam dalam air. Bahagian luar cerek boleh dilap dengan kain basah
dan digosok dengan kain kering yang lembut.
●
●
●
●
●
6