43
BM
Jika cecair bateri memasuki mata anda, bilas mata anda dengan serta-merta
dengan menggunakan air sejuk yang bersih dari paip dan dapatkan rawatan
perubatan dengan segera.
Pastikan bateri sentiasa disimpan di luar jangkauan kanak-kanak kecil.
Jika seorang kanak-kanak tertelan bateri dengan tidak sengaja, dapatkan
rawatan perubatan dengan segera.
AMARAN
Pastikan bateri kering pada setiap masa.
Untuk mencegah bateri daripada mengalami kebocoran, menjadi terlampau
panas, atau menyebabkan kebakaran atau letupan, gunakan bateri yang
disarankan untuk produk ini sahaja.
Sisipkan bateri dengan berhati-hati seperti yang diterangkan dalam arahan
pengoperasian.
Jika bateri boleh cas semula itu tidak tercas semula dalam tempoh yang
ditentukan, hentikan pengecasan dan jangan guna bateri tersebut.
Jangan gunakan bateri jika ia retak atau pecah.
Jika bateri bocor, berubah warna atau berubah bentuk, atau menjadi luar
biasa dalam apa jua cara semasa pengoperasian, hentikan penggunaan
kamera.
Jika cecair bateri bocor dan terkena pakaian atau kulit anda, tanggalkan
pakaian dan basuh bahagian yang dimaksudkan dengan air sejuk yang
bersih dari paip dengan segera. Jika cecair itu melecurkan kulit anda,
dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Jangan sekali-kali mengenakan hentakan yang kuat atau getaran yang
berterusan pada bateri.
BERHATI-HATI
Sebelum memasukkan bateri, pastikan sama ada bateri bocor, berubah
warna, meleding atau luar biasa dalam apa jua cara.
Bateri mungkin menjadi panas jika digunakan untuk masa yang lama. Untuk
mengelakkan kelecuran kecil, jangan keluarkan bateri dengan serta-merta
selepas menggunakan kamera.
Pastikan bateri dikeluarkan daripada kamera sebelum kamera disimpan
untuk tempoh yang lama.
Tanda-tanda dagang
IBM adalah tanda dagang berdaftar untuk International Business Machines
Corporation.
Microsoft dan Windows adalah tanda dagang berdaftar bagi Microsoft
Corporation.
Macintosh adalah tanda dagang bagi Apple Inc.
Logo SDHC adalah suatu tanda dagangan.
Semua nama syarikat dan nama produk lain adalah tanda dagang berdaftar
dan/atau tanda dagang pemilik masing-masing.
Piawaian bagi sistem fail kamera yang dirujuk dalam panduan ini adalah
piawaian “Design rule for Camera File system/DCF” (Peraturan Reka Bentuk
untuk Sistem Fail Kamera/DCF) yang ditentukan oleh JEITA (Persatuan
Industri Teknologi Elektronik dan Maklumat Jepun).
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
B05̲Basic̲d4478-79-80̲bm.indd 43
B05̲Basic̲d4478-79-80̲bm.indd 43
2010/11/25 15:14:56
2010/11/25 15:14:56