LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
(Pastikan mengikut arahan ini)
AMARAN
Simbol ini menunjukkan larangan.
Simbol ini menunjukkan keperluan
yang mesti dipatuhi.
AMARAN
Menunjukkan
kecederaan serius
atau kematian.
AWAS
Menunjukkan risiko
kecederaan atau
kerosakan harta benda.
Carta berikut menunjukkan tahap kerosakan yang disebabkan oleh operasi yang salah.
Simbol dikelaskan dan dijelaskan seperti berikut.
Untuk mengelakkan kemalangan atau kecederaan kepada pengguna, orang lain dan kerosakan harta
benda, sila patuhi arahan-arahan berikut.
Jangan merosakkan Tali Kod atau Palam.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas.)
Jangan gunakan perkakas jika Tali Kod atau Palam rosak atau Palam disambungkan ke socket secara
longgar.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas.)
a
Jika Tali Kod rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang, ejen perkhidmatan atau orang
dengan kelayakan seumpamanya, untuk mengelakkan bahaya.
Jangan memasang atau mencabut Palam dengan tangan yang basah.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik.)
Jangan menggunakan perkakas apabila Tali Kod dalam keadaan yang rosak.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.)
Jangan melebihi voltan dan jangan menggunakan arus alternatif selain daripada
yang disenaraikan pada perkakas.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.)
•
Pastikan voltan yang dibekalkan kepada perkakas adalah sama seperti bekalan tempatan anda.
• Memasang alat peranti lain ke dalam soket yang sama boleh menyebabkan pemanasan elektrik yang
berlebihan.
Jangan rendamkan perkakas ke dalam air atau percikan ia dengan air.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas.)
Jangan membuka, membaiki atau mengubah suai perkakas.
(Ia boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik atau kecederaan.)
• Sila hubungi pusat perkhidmatan untuk pembaikan.
Jangan letakkan sebarang objek ke dalam lubang angin atau celah.
(Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kerosakan.)
a
Terutamanya objek logam seperti pin atau wayar.
Jangan masukkan jari anda atau perkakas seperti sudu, garpu dan sebagainya ke Bukaan Penyalur
Bahan
semasa operasi. Jika makanan tersekat dalam Bukaan Penyalur Bahan, gunakan
Penolak Bahan atau sekeping buah-buahan lain atau sayur-sayuran untuk menolak ia ke bawah.
(Ia boleh menyebabkan kecederaan.)
Jangan memasang Mangkuk Pengisar apabila terdapat sisa makanan yang ditinggalkan di sekitar
Unit Bekas.
(Ia boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan dan Mangkuk Pengisar tidak berfungsi
dengan betul.)
Jangan keluarkan Bekas Pulpa apabila motor sedang beroperasi.
(Ia boleh menyebabkan kecederaan.)
Jangan terus beroperasi untuk jangka masa yang panjang. Adalah disyorkan untuk mematikan
perkakas selama sekurang-kurangnya 2 minit selepas 2 minit operasi.
(Ia boleh menyebabkan kerosakan.)
Jangan menggantikan mana-mana bahagian perkakas dengan alat ganti selain daripada alat ganti
tulen.
(Ia boleh menyebabkan kecederaan, kejutan elektrik atau kebakaran.)
17
B.Melayu