30
Pengenalan
Ketika menggunakan...
●
Jangan bergayut atau menaiki pintunya.
●
Jangan sapukan air pada badan atau bahagian dalam.
(Penebat elektrik menjadi lusuh dan boleh menyebabkan kejutan atau kebakaran.)
●
AMARAN: Jangan merosakkan litar pendingin.
(Bahan pendingin mudah terbakar boleh terbakar dan membawa kepada letupan.)
●
Jangan menyentuh perkakasan di atas dulang membuat ais.
●
Jangan mengeluarkan dulang membuat ais ketika fungsi membuat ais beroperasi.
●
Jangan menyimpan bahan mudah terbakar di dalam peti sejuk.
●
Jangan menyimpan bahan mudah meletup seperti tin aerosol dengan bahan dorongan mudah
terbakar di dalam produk ini.
●
Jangan menyimpan bahan kimia atau spesimen sains.
●
Jangan menyembur bahan kimia mudah terbakar berhampiran peti sejuk.
●
AMARAN: Jangan gunakan alat elektrik dalam petak simpanan makanan bagi produk, melainkan
ianya jenis yang disyorkan oleh pengeluar.
(Jika pendingin bocor, ia boleh terbakar akibat percikan api daripada sentuhan.)
●
AMARAN: Jangan menggunakan peralatan mekanikal atau cara lain untuk mempercepatkan
proses nyahfros, selain daripada cara yang disyorkan oleh pengilang.
●
Jangan mengenakan impak tinggi pada pintu kaca.
(Jika tidak kaca boleh pecah dan menyebabkan kecederaan.)
→ Jika ia didapati retak, jangan sentuh kaca dan rujuk kepada wakil pengedar anda dengan
segera.
●
AMARAN: Isi dengan air minuman sahaja.
●
Kanak-kanak harus diawasi bagi memastikan peti sejuk digunakan dengan cara yang betul.
Ketika memasang...
●
Sediakan langkah keselamatan bagi mengelakkan terbalik akibat gempa bumi. (Hal. 33)
●
AMARAN: Pastikan injap pengudaraan, di dalam ruangan peti sejuk atau di dalam struktur
kabinet, tidak dihalang.
●
Pastikan plag peti sejuk dipasangkan ke dalam soket utama yang dialirkan ke bumi.
Jangan memasang plag ke dalam soket utama yang tidak dialirkan ke bumi. (Plag 3 pin)
●
Jangan memasang produk di lokasi yang terdedah kepada air.
●
Jangan mengisi rongga di sekeliling peti sejuk.
(Jika pendingin bocor, ia boleh terbakar.)
Ketika membuang dan mengitar semula produk...
●
Sekiranya anda bimbang kanak-kanak mungkin masuk semasa mengitar semula produk, buang
pembungkus pintu.
●
Pendingin menggunakan gas mudah terbakar.
Dan Cyclo-Pentana digunakan sebagai penebat untuk peti sejuk ini.
Apabila anda membuang unit ini, sila buang dengan cara yang betul.
●
Label amaran yang dinyatakan di atas mesti disimpan sepanjang penggunaan peti sejuk ini.
Manual penggunaan ini mesti diserahkan kepada orang yang akan menggunakan atau
mengendalikan peti sejuk sekiranya peti sejuk ini perlu dipindahkan ke tempat lain dan diserahkan
ke loji kitaran.
Dalam keadaan kecemasan...
●
Jangan sesekali membuka penutup atas dan penutup belakang.
●
Jangan sesekali memisahkan, membaiki atau mengubah suai peti sejuk.
(Boleh menyebabkan kecederaan, lecur atau kejutan elektrik.)