Prime Freeze (Pembeku Terbaik)
Pembeku Terbaik (Prime Freeze) ialah petak berasingan yang terletak di dalam petak
sejuk beku. Petak ini dilengkapi dengan sistem kipas individu dan plat pemindahan haba
aluminium kelas tinggi, dan mod untuk melaraskan masa penyejukan mengikut setiap tujuan
pemprosesan makanan untuk menyokong pengguna dalam menyediakan hidangan dalam
pelbagai cara serta menjimatkan masa.
Cara mengendalikan bekas Pembeku Terbaik
1
Tekan butang kawalan bekas Pembeku Terbaik (Prime Freeze) pada panel operasi.
Kemudian, LED penanda posisi bahagian, LED penanda untuk mod 1-2-3 dan LED
penanda masa operasi (**) bahagian Pembeku Terbaik akan menyala apabila dipilih.
Ikon
Bekas
LED penanda
posisi bahagian
LED penanda
untuk mod 1-2-3
LED penanda
untuk waktu
pengendalian
Bekas
Pembeku
Terbaik
(*) Untuk penanda untuk mod 1-2-3:
• Jika tetapan sebelumnya belum habis, lampu akan memaparkan mod tetapan
sebelumnya.
• Jika masa untuk tetapan sebelumnya sudah habis, semua penanda untuk mod 1-2-3
akan padam.
(**) Untuk lampu yang menunjukkan masa pengendalian:
• Jika tetapan sebelumnya belum habis, baki minit akan dipaparkan.
• Jika masa untuk tetapan sebelumnya sudah habis, nilai baki minit akan dipaparkan
sebagai “--”.
2
Terus tekan butang kawalan bahagian Pembeku Terbaik (Prime Freeze), kemudian
Penanda posisi akan menyala. Selepas langkah ini, jika tetapan sebelumnya belum
habis, nilai minit akan dihilangkan dan kembali dipaparkan ke “--”. Tekan butang kawalan
bahagian Pembeku Terbaik (Prime Freeze), hingga mod yang diingini dipilih. Setiap kali
butang ditekan, LED penanda untuk waktu pengendalian akan menunjukkan masa untuk
setiap mod.
3
Lengkapkan tetapan
Selepas melengkapkan mod bahagian Pembeku Terbaik, tekan satu lagi butang untuk
selesaikan dan simpan tetapan yang anda baru lakukan. Atau jika tiada butang lain
ditekan dalam masa 10 saat, panel operasi akan menyimpan tetapan dan kembali ke mod
standby.
4
Tamatkan mod
Selepas masa mod tamat, skrin akan memaparkan masa kembali kepada “0” dan akan
terdapat bunyi pemberitahuan. Bunyi pemberitahuan akan diulang setiap 2 minit selama 6
minit, sehingga anda menekan ikon “Prime Freeze” pada panel operasi atau apabila pintu
Penyejuk Beku dibuka. Jika anda tidak mengeluarkan makanan serta-merta selepas mod
ini, makanan anda akan lebih beku.
18