Pengenalpastian dan Penyelesaian Masalah
Sebelum anda membuat panggilan untuk perkhidmatan, sila semak item berikut:
Peti sejuk tidak
dapat beroperasi.
●
Periksa dan pastikan bahawa palam dan soketnya berada
dalam keadaan yang baik.
●Periksa untuk melihat jika terdapat sebarang masalah pada fius
utama dan sistem elektrik di dalam rumah.
●
Periksa dengan mencabut palam dan tunggu 7 minit sebelum
memasang semula palam.
Peti sejuk tidak
cukup sejuk.
●
Periksa untuk memastikan bahawa dail kawalan suhu berada
di kedudukan yang betul.
●
Periksa untuk melihat jika peti sejuk mempunyai beban lebih atau
jika terdapat barang makanan yang panas dimasukkan ke dalamnya.
●
Adakah peti sejuk terletak di tempat yang terdedah
terus kepada pancaran matahari atau sumber haba?
●
Adakah pintu peti sejuk tertutup rapat?
●
Adakah peti sejuk dibuka dengan kerap?
●
Apabila kelembapan sekeliling terlalu tinggi, mungkin terdapat
embun pada gasket pintu. Keadaan ini akan terhenti sekiranya
kelembapan udara berkurang. Sila lapkannya dengan kain
yang kering.
●
Adakah pintu ditutup rapat?
●
Adakah pintu dibuka dan ditutup terlalu kerap?
●
Pemeluwapan di dalam peti sejuk juga boleh
terjadi jika makanan berkelembapan tinggi
tidak ditutup atau dibalut.
●
Apabila kadar kelembapan tinggi, pintu terbuka
untuk masa yang lama, peti sejuk mengandungi
terlalu banyak makanan atau membuat terlalu banyak ais, salji
akan terbentuk dalam petak Penyejuk Beku, iaitu pada bekas
petak Penyejuk Beku, kotak ais, atau pintu bekas Pembeku
Terbaik. Fenomena
ini adalah normal. Lapnya dengan kain yang
lembut dan kering.
Peti sejuk
mengeluarkan
bunyi bising.
●
Periksa sama ada peti sejuk ditempatkan pada lantai yang
stabil atau dipasang dengan betul.
●
Periksa jika terdapat sebarang objek yang bersentuh dengan
peti sejuk.
●
Bunyi seperti merekah disebabkan bahagian-bahagian di dalam
sedang menyesuaikan diri dengan suhu, ini adalah perkara biasa.
●
Selepas pemasangan, peti sejuk mungkin mengeluarkan bunyi
yang kuat. Bunyi tersebut akan menjadi rendah apabila peti
sejuk telah disejukkan.
●
Mungkin ada bunyi bersiul di dalam peti sejuk semasa membuka
dan menutup pintu. Ini disebabkan oleh udara di luar yang
masuk melalui paip di bahagian belakang peti sejuk untuk
menyeimbangkan peredaran udara di dalam unit dengan lebih baik.
Luar
Dalam
Terdapat embun, fros.
32