7
Bahan penyejuk menghasilkan gas beracun
jika terjadi kontak dengan nyala api.
Untuk keselamatan, pastikan
penyaman udara dimatikan dan juga
putuskan sambungan kuasa sebelum
pembersihan atau servis.
Tarik palam kuasa dari lubang salur
keluar, atau matikan pemutus,
atau matikan sambungan yang
memutuskan kuasa untuk mengasingkan
penyaman udara dari bekalan kuasa
utama sekiranya berlaku kecemasan.
Lupuskan mengikut peraturan negara
dan/atau tempatan.
Produk ini tidak boleh diubah suai atau
ditanggal-tanggalkan dalam apa jua
keadaan.
Unit yang diubah suai atau ditanggal-
tanggalkan boleh menyebabkan kebakaran,
kejutan elektrik atau kecederaan.
Pengguna dilarang membersihkan
bahagian dalam unit dalaman dan unit
luaran. Guna perkhidmatan wakil penjual
yang sah atau pakar untuk pembersihan.
Sekiranya berlaku pincang tugas perkakas
ini, jangan baiki sendiri. Hubungi peniaga
jualan atau peniaga perkhidmatan untuk
pembaikan dan pelupusan.
Perkakas ini bertujuan untuk digunakan
oleh pengguna pakar atau terlatih di kedai,
industri ringan dan di ladang, atau untuk
kegunaan komersial oleh orang biasa.
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk
digunakan oleh orang (termasuk kanak-
kanak) yang kurang keupayaan fizikal, deria
atau mental, atau kurang berpengalaman
dan pengetahuan, kecuali mereka telah
diberi penyeliaan atau arahan berkenaan
penggunaan alat oleh seseorang yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan
mereka. Kanak-kanak mesti diawasi untuk
memastikan bahawa mereka tidak bermain
dengan alat.
Jauhkan penggera kebakaran dan salur
keluar udara sekurang-kurangnya 1.5m
dari unit.
Jangan menyejukkan atau memanaskan
bilik secara keterlaluan jika terdapat bayi
atau orang sakit.
Jangan menghidupkan dan mematikan
penyaman udara daripada suis utama
kuasa. Gunakan butang pengendalian ON/
OFF.
Jangan jolok apa-apa ke dalam
saluran keluar udara unit luaran. Ini
berbahaya kerana kipas berputar
pada kelajuan yang tinggi.
Jangan sentuh salur masuk udara
atau sirip aluminium yang tajam
pada unit luaran. Anda boleh
tercedera.
Jangan jolok apa-apa
objek ke dalam BEKAS
KIPAS. Anda boleh tercedera
dan unit mungkin rosak.
Berhenti menggunakan produk apabila
sebarang ketaknormalan/kegagalan berlaku
dan putuskan sambungan palam kuasa
atau matikan suis kuasa dan pemutus.
(Risiko asap/kebakaran/kejutan elektrik)
Contoh-contoh ketaknormalan/kegagalan:
• ELCB kerap terputus.
• Kadang-kadang tidak hidup apabila
dihidupkan.
• Kuasa kadang-kadang terputus apabila
kordnya digerakkan.
• Bau terbakar atau bunyi tidak normal
dikesan semasa pengendalian.
• Badannya telah berubah bentuk atau luar
biasa panas.
• Air bocor daripada unit dalaman.
• Palam atau kord kuasa menjadi lebih
panas daripada biasa.
• Kelajuan kipas tidak boleh dikawal.
• Unit berhenti berjalan serta-merta
walaupun jika ia dihidupkan untuk
operasi.
• Kipas tidak berhenti walaupun operasi
dihentikan.
Hubungi wakil penjual tempatan anda
dengan segera untuk penyenggaraan/
pembaikan.
AMARAN
AWAS
• Pemampat mungkin terhenti sekali-sekala semasa ribut petir. Ini
bukan kegagalan mekanikal. Unit pulih secara automatik selepas
beberapa minit.
• Teks bahasa Inggeris ialah arahan asal. Bahasa lain ialah
penterjemahan arahan asal.
NOTIS
Jangan duduk atau memijak unit.
Anda boleh terjatuh secara tidak
sengaja.
B
.
MALAYSIA
00_300256_Asia.indb 7
2017-11-30 14:37:10
Summary of Contents for U-4LE2H4
Page 11: ...11 1 5 ON OFF ELCB 04_300256_ChT indd 11 2017 12 7 9 32 31...
Page 14: ...14 z 14 z 16 z 17 z 30 30 31 ELCB RCD 00_300256_Asia indb 14 2017 11 30 14 37 17...
Page 15: ...15 1 5m ELCB 00_300256_Asia indb 15 2017 11 30 14 37 19...
Page 17: ...17 A CZ RTC4 CZ RTC5A CZ RTC5B 4 5 6 HP VRF LE2 00_300256_Asia indb 17 2017 11 30 14 37 20...
Page 35: ...35 MEMO 00_300256_Asia indb 35 2017 11 30 14 37 27...