25
BAHASA MELAYU
dibenarkan Philips atau pihak yang berkelayakan serupa untuk mengelakkan
bahaya.
-
Perkakas ini bertujuan untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Jika perkakas ini
disalahgunakan atau untuk tujuan profesional atau semiprofesional atau jika
ia digunakan tidak mengikut arahan yang terdapat dalam manual pengguna,
jaminan menjadi tidak sah dan Philips tidak menerima tanggungjawab bagi apa-
apa kerosakan yang berlaku.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
-
Jangan sekali-kali mencapai ke dalam tiub suapan dengan jari anda atau
dengan sesuatu objek semasa perkakas sedang beroperasi. Hanya gunakan
penolaknya untuk tujuan ini.
-
Sentiasa tanggalkan perkakas daripada bekalan kuasa jika perkakas dibiarkan
tanpa pengawasan dan sebelum memasang, menanggalkan bahagian atau
membersihkan perkakas.
-
Buka lilitan kod sesalur kuasa sepenuhnya setiap kali sebelum anda
menghidupkan perkakas.
-
Jangan sekali-kali biarkan perkakas beroperasi tanpa diawasi.
Awas
-
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada
pengilang lain atau yang tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda
menggunakan aksesori atau bahagian sedemikian, jaminan anda menjadi tidak
sah.
-
Sentiasa letakkan perkakas pada permukaan yang stabil, rata dan mendatar.
-
Jangan gunakan perkakas di luar bangunan.
-
Elakkan daripada tersentuh bahagian yang bergerak.
-
Pastikan semua bahagian telah dipasang dengan betul sebelum anda
menghidupkan perkakas.
-
Hanya gunakan perkakas ini apabila pengapit pengunci dalam kedudukan
terkunci.
-
Hanya buka kunci pengapit pengunci selepas anda telah mematikan perkakas
dan skru pemerah jus telah berhenti berputar.
-
Jangan keluarkan bekas pulpa apabila perkakas sedang berjalan.
-
Potong bahan-bahan yang besar saiznya menjadi ketulan kecil yang dapat
dimuatkan ke dalam tiub suapan. Keluarkan biji, teras dan kulit tebal daripada
buah atau sayur sebelum memerah jusnya.
-
Jangan tekan penolak terlalu kuat untuk mengelakkan kerosakan.
-
Pewarna makanan boleh merubah warna bahagian-bahagian pemerah. Ini
perkara biasa dan tidak menjejaskan prestasi perkakas.
-
Untuk mengoptimumkan jangka hayat perkakas, jangan gunakannya secara
berterusan lebih dari 30 minit.