30
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Seterika stim Philips PerfectCare Azur baru menawarkan cara inovatif
untuk menyeterika pakaian. Kita sedar akan kerunsingan dengan seterika
tradisional: memilih suhu yang betul untuk fabrik yang kasar dan halus,
menunggu seterika memanas dan menyejuk untuk mengelakkan risiko
pakaian rosak dengan seterika terlalu panas. Semua kesukaran ini telah
berlalu dengan seterika stim Philips PerfectCare Azur baru.
Melalui sejarahnya, menghilangkan kedutan telah dilakukan dengan plat
tapak yang sangat panas, kemudian stim telah ditambah untuk meningkatkan
pemindahan haba dan kita dapat menyeterika dengan lebih cepat.
Kajian
kami mengesahkan bahawa cara terbaik menghilangkan
kedutan dengan berkesan adalah dengan gabungan sempurna
stim yang kuat dan suhu plat tapak optimum. Faktor utama
menghilangkan kedutan dengan berkesan adalah stim,
bukannya suhu plat tapak. Untuk mendapatkan stim yang
optimum, suhu plat tapak perlu lebih tinggi sedikit daripada
suhu stim.
Pada masa dahulu, sejumlah besar stim pada suhu optimum ini akan
menyebabkan air bocor. Kami telah membangunkan ruang stim unik yang
menjana stim kaya kelembapan dengan output konsisten yang menembusi
jauh ke dalam fabrik untuk penseterikaan pantas tanpa risiko air bocor.
- Menyeterika kini menjadi sangat mudah: tiada pelarasan suhu, tiada
penghangusan, tidak perlu menunggu seterika menjadi panas atau sejuk.
Masa menyeterika berkurangan, tidak kira siapa yang melakukannya.
Dengan teknologi OptimalTEMP ini, setiap sehelai pakaian boleh
diseterika dengan berkesan dan selamat.
Seterika ini telah diluluskan oleh The Woolmark Company Pty Ltd untuk
menyeterika produk wul sahaja, asalkan pakaian diseterika mengikut
panduan pada label pakaian dan yang telah dikeluarkan oleh pengilang
seterika ini, R1302. Di United Kingdom, Eire, Hong Kong dan India, tanda
dagangan Woolmark ialah tanda dagangan pensijilan.
Perihalan umum (Gamb. 2)
1 Tudung tangki air
2 Butang sembur
3 Gelangsar stim
4 Picu pancutan stim
5 Kord sesalur kuasa
6 Kawasan lilitan kord
7 Butang Pembersihan Kerak
8 Lampu Pintar/Lampu peringatan Pembersihan Kerak
9 Plat tapak
10 Muncung sembur
BAHASA MELAYU
Summary of Contents for GC4900
Page 1: ...GC4900 series GC4900 系列 User manual 用户手册 ...
Page 2: ......
Page 3: ...1 ...
Page 4: ......
Page 68: ......
Page 69: ......
Page 70: ...4239 000 8907 3 ...