- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
- Jauhkan kord sesalur kuasa dari capaian kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur kuasa
tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan tempat kerja di mana perkakas berada.
- Pastikan elemen pemanasan, penderia suhu dan bahagian luar periuk dalam bersih dan kering
sebelum anda memasukkan plag ke dalam soket dinding.
- Jangan gunakan perkakas jika gegelang kedap rosak.
- Jangan pasang plag perkakas atau tekan mana-mana butang pada panel kawalan dengan tangan
yang basah.
- Jangan sambungkan perkakas ini dengan suis pemasa luaran untuk mengelakkan situasi yang
berbahaya.
awas
- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
- Gunakan hanya senduk nasi yang disediakan. Elakkan menggunakan perkakas yang tajam.
- Jangan dedahkan pemasak nasi pada suhu yang tinggi, atau letakkannya di atas pemanas atau
dapur yang sedang berfungsi atau masih panas.
- Sentiasa masukkan periuk dalam sebelum anda memasukkan plag ke dalam soket dinding dan
hidupkan periuk pemasak nasi.
- Sentiasa tanggalkan plag pemasak nasi jika anda tidak akan menggunakannya bagi tempoh yang
lama.
- Sentiasa biarkan perkakas menyejuk sebelum anda membersihkan atau memindahkannya.
- Jangan letakkan periuk dalam terus di atas api terbuka untuk memasak nasi.
- Jika perkakas digunakan dengan cara yang tidak betul, atau untuk tujuan profesional atau separa
profesional, atau jika ia tidak digunakan mengikut arahan dalam panduan pengguna ini, jaminan
menjadi tidak sah dan Philips menolak sebarang liabiliti terhadap sebarang kerosakan yang
berlaku.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk digunakan di dalam rumah dan untuk penggunaan lain yang
serupa seperti:
- dapur pekerja di kedai, pejabat dan persekitaran kerja yang lain;
- rumah ladang;
- oleh pelanggan di hotel, motel dan persekitaran tempat menginap yang lain;
- persekitaran jenis inap-sarapan.
- Letakkan periuk pemasak nasi pada permukaan yang stabil, mendatar dan rata.
- Permukaan yang dapat dicapai mungkin menjadi panas apabila perkakas beroperasi. Hanya
sentuh panel kawalannya.
- Berhati-hati dengan stim panas yang keluar dari bolong stim semasa memasak atau yang keluar
dari periuk pemasak nasi semasa anda membuka tudungnya.
- Jangan angkat dan pindahkan periuk pemasak nasi dengan tangkainya semasa ia sedang
beroperasi.
- Berhati-hati dengan periuk dalam dan bakul kukus apabila anda mengendalikannya selepas proses
memasak, kerana ia mungkin panas dan berat.
- Jangan dedahkan pemasak nasi kepada cahaya matahari langsung.
- Jangan masukkan sebarang objek atau bahan asing ke dalam bolong stim.
- Jangan letakkan bahan magnetik di atas tudung. Jangan gunakan perkakas berdekatan bahan
magnetik.
- Jangan gunakan periuk dalam jika ia cacat.
- Jangan melampaui paras air maksimum yang ditunjukkan pada periuk dalam untuk
mengelakkannya daripada melimpah.
- Jangan letakkan senduk nasi di dalam periuk semasa memasak, menyimpan panas atau
memanaskan semula nasi.
- Sentiasa bersihkan perkakas selepas digunakan.
BaHasa MElayu
30
Summary of Contents for HD4766
Page 1: ...HD4768 HD4766 ...
Page 2: ...2 ...
Page 3: ...3 Q R T U P S W V X Y D E B A C G F H I J K M L N O 1 ...
Page 4: ...4 ...
Page 5: ...HD4768 HD4766 English 6 Bahasa Melayu 29 繁體中文 53 简体中文 74 ...
Page 96: ...96 ...
Page 97: ...97 ...
Page 99: ...22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 2 x 33 23 23 34 35 18 30 36 37 38 39 1 2 40 41 42 ...
Page 100: ...4222 200 0348 1 ...