0
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Periuk aruhan berfungi atas dasar elektromagnet yang menghasilkan medan
elektromagnet frekuensi tinggi yang berkuasa. Apabila alat memasak yang
terdiri daripada bahan magnet (cthnya. besi) diletak pada periuk aruhan,
medan elektromagnet memindahkan tenaga ke bahagian bawah alat
tersebut, yang menyebabkan alat memasak dan makanan di dalamnya
menjadi panas. Jumlah haba yang dijana di dalam alat memasak tersebut
di kawal dengan mengubah kekuatan medan elektromagnet itu. Apabila
kekuatan medan elektromagnet ditukar, suhu alat memasak itu bertukar
serta merta.
Kelebihan periuk aruhan:
Selamat: periuk aruhan tidak menggunakan nyalaan atau api yang
terbuka. Ia juga mempunyai beberapa ciri keselamatan, yang
membolehkan anda seronok memasak bersama keluarga pada bila-bila
masa.
Cepat: dalam pemasakan aruhan, alat memasak bertindak sebagai
sumber haba. Ini menghasilkan pemindahan haba yang lebih cepat
dan lebih rata, mengurangkan masa memasak sehingga lebih daripada
1/3 berbanding dengan pemasakan secara konvensional.
Serba boleh: periuk aruhan mempunyai 8 mod memasak yang
dipratetapkan, setiap satu dengan corak pemanasan tersendiri yang
optimum. Mod ini membenarkan anda menyediakan pelbagai pilihan
makanan yang berkhasiat.
Kegunaan yang mesra: panel kawalan dan paparan yang mudah dan
interaktif membolehkan anda melaraskan tetapan dengan mudah
dengan sentuhan butang.
Selesa: proses memasak dengan periuk aruhan adalah bebas asap dan
menghasilkan gris yang sedikit. Selain itu, periuk dan kawasan sekitarnya
tetap sejuk. Ini membolehkan anda memasak dalam persekitaran yang
dingin dan selesa.
Mudah alih: periuk aruhan mempunyai reka bentuk yang kompak dan
plat memasaknya sentiasa sejuk. Ini bermakna perkakas ini sentiasa
selamat untuk digunakan dan ia membolehkan anda memasak di mana-
mana dalam rumah anda.
Perihalan umum (gamb. 1)
a
Plat memasak kristalit
B
Badan
C
Zon memasak
D
Panel kawalan
E
Paparan
F
Salur keluar udara
g
Salur masuk udara
H
Kord sesalur kuasa
Panel kawalan
1
Mod masak pratetap dengan lampu penunjuk
2
Butang Jam:Min (masa memasak)
3
Butang pemasa
-
-
-
-
-
-
BaHasa MElayu
Summary of Contents for HD4918
Page 1: ...HD4918 ...
Page 2: ... ...
Page 3: ... 1 ...
Page 4: ... ...
Page 5: ...HD4918 English 6 Bahasa Melayu 20 繁體中文 34 简体中文 46 ...
Page 59: ...Ten Year explanation zw w pdf 09 01 2008 09 36 23 简体中文 59 ...
Page 60: ...2008 03 27 简体中文 60 ...
Page 61: ...61 ...
Page 62: ...4222 002 6820 5 ...