- Pastikan semua bahagian dipasang dengan betul sebelum anda menghidupkan perkakas.
- Gunakan perkakas hanya apabila kedua-dua pengapit terkunci.
- Hanya buka kunci pengapit selepas anda telah mematikan perkakas dan penuras telah berhenti
berputar.
- Jangan jalankan pemerah jus melebihi 40 saat setiap kali apabila memerah kandungan yang
banyak dan biarkan sehingga sejuk secukupnya selepas itu. Tiada resipi dalam manual pengguna
ini terdiri menggunakan kandungan yang banyak.
- Jangan keluarkan bekas pulpa apabila perkakas sedang berjalan.
- Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
1
Basuh semua bahagian boleh cerai (lihat bab ‘Membersihkan’).
2
Pasangkan plag di soket dinding.
3
Masukkan pengumpul jus ke dalam perkakas (1).Letakkan bekas pulpa dengan
mencondongkannya ke hadapan sedikit (2). Masukkan hujung atas bekas pulpa terlebih dahulu
kemudian tolak masuk bahagian yang bawah (Gamb. 2).
Untuk mengosongkan bekas pulpa semasa anda sedang memerah jus, matikan perkakas dan
keluarkan bekas pulpa dengan berhati-hati.
Nota: Pasangkan semula bekas pulpa yang kosong sebelum anda meneruskan pemerahan.
4
Pasang penuras ke dalam pengumpul jus (1) Pegang tudung di atas penuras dan turunkannya
pada kedudukan (2). (Gamb. 3)
Pastikan penuras dipasang dengan kukuh ke dalam aci pemacu (‘klik’).
Periksa turas setiap kali sebelum digunakan. Jika anda mengesan apa-apa retak atau kerosakan,
jangan gunakan perkakas. Hubungi pusat servis Philips yang terdekat atau bawa perkakas ke wakil
pengedar anda.
5
Ketapkan kedua-dua pengapit pada penutup dan kuncinya pada kedudukannya (‘klik’) (1).
Jajarkan alur dalam penolak dengan unjuran kecil pada bahagian dalam tiub suapan dan
luncurkan penolak ke dalam tiub suapan (2) (Gamb. 2).
Pastikan pengapit terkunci pada kedudukannya di kedua-dua sisi tudung.
6
Letakkan jag jus di bawah muncung (Gamb. 4).
Letakkan tudung di atas jag jus untuk mengelakkan percikan atau jika anda ingin menyimpan jus di
dalam peti sejuk.
Menggunakan perkakas
Perkakas ini hanya berfungsi jika semua bahagian dipasangkan dengan betul dan tudungnya dikunci
dengan betul pada tempatnya dengan pengapit.
1
Basuh buah-buahan dan/atau sayuran dan potongkan kepada bahagian-bahagian yang dapat
muat ke dalam tiub suapan. (Gamb. 5)
2
Pastikan jag jus sudah diletakkan di bawah muncung.
3
Putarkan tombol kawalan pada tetapan 1 (kelajuan rendah ) atau 2 (kelajuan biasa) untuk
menghidupkan perkakas. (Gamb. 6)
BaHasa MElayu
31
Summary of Contents for HR1858
Page 1: ...HR1858 ...
Page 2: ...2 ...
Page 3: ...3 1 ...
Page 4: ...4 ...
Page 57: ...57 ...
Page 58: ...58 ...
Page 59: ...59 ...
Page 60: ...60 ...
Page 61: ...61 ...
Page 62: ...62 ...
Page 63: ...63 ...
Page 64: ...64 ...
Page 65: ...65 ...
Page 66: ...66 ...
Page 67: ...67 ...
Page 68: ...68 ...
Page 69: ...69 ...
Page 70: ...70 1 1 2 2 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 ...
Page 71: ...71 ...
Page 72: ...4222 002 6477 4 ...