Pengenalan
Terima kasih kerana membeli penjana stim Philips ini.
- Philips PerfectCare baru menawarkan cara inovatif untuk
menyeterika pakaian anda. Kita semua tahu masalah remeh
seterika tradisional: memilih suhu yang betul untuk fabrik
yang kasar dan halus, menunggu seterika memanas dan
menyejuk agar pakaian tidak rosak oleh seterika yang
terlalu panas. Semua kesukaran ini telah berlalu dengan
Philips PerfectCare baru.
-
Pada dasarnya, kedutan dihilangkan dengan memindahkan
haba pada fabrik. Mengikut sejarah, ini dilakukan dengan
plat tapak yang sangat panas. Kemudian stim ditambahkan
untuk menggalakkan peralihan haba, dan menjadikan
kerja menyeterika lebih pantas. Kajian kami mengesahkan
bahawa cara terbaik untuk menghilangkan kedutan dengan
berkesan ialah dengan kombinasi stim yang banyak dan
suhu plat tapak yang optimum. Kunci untuk menghilangkan
kedutan dengan berkesan ialah stim dan bukan suhu plat
tapak. Suhu plat tapak hendaklah lebih tinggi sedikit dari
suhu stim untuk menghilangkan kelembapan. Inilah suhu
optimum.
- Sebelum ini, jumlah stim yang banyak pada suhu optimum
akan mengakibatkan tirisan air. Kami telah mencipta kebuk
siklon unik yang dipatenkan untuk mengekalkan stim
bertekanan tinggi yang meresap jauh ke dalam fabrik untuk
masa menyeterika yang pantas dan tanpa risiko ketirisan air.
-
Kerja menyeterika kini sangat ringkas - tiada pelarasan
suhu, tiada penghangusan, tiada masa menunggu untuk
memanas dan menyejuk. Ia lebih pantas, tidak kira siapa
yang melakukannya. Dengan teknologi OptimalTemp ini,
setiap pakaian boleh diseterika dengan berkesan dan
selamat.
- Seterika ini telah diluluskan oleh syarikat Woolmark
Company Pty Ltd untuk menyeterika produk wul tulen
dengan syarat pakaian itu diseterika mengikut panduan
pada label pakaian dan yang telah dikeluarkan oleh
pengeluar seterika ini. R1101. Di United Kingdom, Eire,
Hong Kong dan India, tanda dagangan Woolmark ialah
tanda dagangan Pensijilan.
BAHASA MELAYU
67
Summary of Contents for PerfectCare Aqua GC8620
Page 1: ...PerfectCare Aqua GC8600 series 系列 ...
Page 2: ......
Page 135: ...7 讓蒸氣製造器冷卻 2 小時 8 取下簡易除鈣旋鈕 並讓水流入杯中 收納 1 關閉蒸氣製造器 2 將插頭拔離牆上插座 3 將水箱中的水倒入水槽中 繁體中文 135 ...
Page 155: ...存储 1 关闭蒸汽发生器 2 将插头从电源插座上拔下 3 将水箱中的水倒入水槽中 4 仅限于特定型号 将熨斗锁定在熨斗架上 5 折起蒸汽输送管 简体中文 155 ...
Page 159: ...简体中文 159 05 02 2014 ...
Page 160: ...4239 000 8124 3 ...