Mod ECO
Semasa menyeterika, anda boleh gunakan mod ECO untuk
menjimatkan tenaga, dan masih memiliki aliran stim yang
cukup untuk menyeterika semua pakaian anda.
Nota: Untuk hasil terbaik, kami nasihatkan anda untuk
menggunakan mod ‘OptimalTemp’.
1
Tekan butang ECO apabila perkakas dihidupkan. Lampu
di dalam butang ECO akan menyala.
2
Untuk kembali ke mod ‘OptimalTemp’, tekan butang
ECO sekali lagi.
Petua menyeterika
Meminimumkan kedutan semasa mengering
Mulakan pembuangan kedutan dari proses mengering dengan
membentangkan pakaian dengan betul selepas membasuh
dan dengan menggantung pakaian pada penyangkut untuk
mengeringkannya secara semula jadi tanpa banyak kedutan.
Langkah terbaik menyeterika kemeja
Mulakan dengan bahagian yang memakan masa seperti
kolar, rangkai manset dan lengan baju. Kemudian, seterika
bahagian yang lebih besar seperti depan dan belakang
untuk mengelakkan kedutan pada bahagian ini semasa anda
menyeterika bahagian yang memakan masa.
Kolar:
Apabila anda menyeterika kolar, mulakan dengan
bahagian dalam dan seterika dari luar (bahagian berbucu) ke
dalam. Terbalikkan dan ulang. Lipat kolar ke bawah dan tekan
bucunya untuk hasil yang lebih kemas.
Butang
: Seterika pada bahagian dalam butang untuk kerja
menyeterika yang lebih berkesan dan pantas.
Mod Pematian auto (jenis tertentu sahaja)
- Untuk menjimatkan tenaga, penjana stim akan dimatikan
secara automatik jika ia tidak digunakan selama 10 minit.
- Untuk mengaktifkan semula penjana stim, tekan butang
hidup/mati. Penjana stim akan memanas semula.
BAHASA MELAYU
74
Summary of Contents for PerfectCare Aqua GC8620
Page 1: ...PerfectCare Aqua GC8600 series 系列 ...
Page 2: ......
Page 135: ...7 讓蒸氣製造器冷卻 2 小時 8 取下簡易除鈣旋鈕 並讓水流入杯中 收納 1 關閉蒸氣製造器 2 將插頭拔離牆上插座 3 將水箱中的水倒入水槽中 繁體中文 135 ...
Page 155: ...存储 1 关闭蒸汽发生器 2 将插头从电源插座上拔下 3 将水箱中的水倒入水槽中 4 仅限于特定型号 将熨斗锁定在熨斗架上 5 折起蒸汽输送管 简体中文 155 ...
Page 159: ...简体中文 159 05 02 2014 ...
Page 160: ...4239 000 8124 3 ...