56
_ penggunaan ketuhar
Mencair beku
Gelombang mikro adalah cara yang sangat baik untuk mencairbekukan makanan
sejuk beku. Gelombang mikro mencairbekukan makanan sejuk beku dengan
lembut dalam masa yang singkat. Ini boleh merupakan satu kelebihan besar, jika
tetamu yang tidak dijangka tiba-tiba muncul.
Ayam itik sejuk beku mesti dinyahsejuk beku keseluruhannya sebelum dimasak.
Tanggalkan sebarang ikatan logam dan keluarkan ia dari sebarang bungkusan
untuk mengetuskan cecair nyahsejuk beku.
Letakkan makanan sejuk beku itu di atas bekas tanpa penutup. Balikkan separuh
jalan, tuskan sebarang cecair yang ada dan buang sebarang hati, jantung dan
hempedal secepat mungkin.
Periksa makanan itu sekali-sekala untuk memastikan bahawa ia tidak terasa
hangat.
Jika bahagian-bahagian makanan sejuk beku yang lebih kecil dan lebih nipis mula
menghangat, ia boleh dilindungi dengan membalutnya dengan kepingan kerajang
aluminium yang kecil semasa mencair beku.
Sekiranya ayam itik mula menghangat di permukaan luarnya, hentikan proses
menyahsejuk beku dan biarkan ia selama 20 minit sebelum meneruskan.
Biarkan ikan, daging dan ayam itik untuk menyelesaikan proses mencair beku.
Masa biar untuk menyelesaikan proses mencair beku akan berubah-ubah
bergantung kepada kuantiti yang dicairbekukan. Sila rujuk kepada jadual di
bawah.
Petua:
Makanan yang leper mencair beku dengan lebih baik daripada
makanan yang tebal dan kuantiti yang lebih kecil memerlukan masa yang
lebih singkat daripada kuantiti yang lebih besar. Ingat petua ini semasa
menyejuk beku dan mencair beku makanan.
Untuk mencair beku makanan sejuk beku dengan suhu sekitar -18 to -20 °C,
gunakan jadual yang berikut sebagai panduan.
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 56
2011-08-02 8:23:01