64
_ penggunaan ketuhar
Cepat & Mudah
MENCAIRKAN MENTEGA
Letakkan 50 g mentega di dalam bekas kaca kecil yang dalam. Tutup dengan penutup plastik.
Panaskan selama 30-40 saat menggunakan 900 W, sehingga mentega cair.
MENCAIRKAN COKLAT
Letakkan 100 g coklat di dalam bekas kaca kecil yang dalam.
Panaskan selama 3-5 minit, menggunakan 450 W sehingga coklat cair.
Kacau sekali atau dua kali semasa mencairkan. Gunakan sarung tangan ketuhar semasa
mengeluarkan!
MENCAIRKAN MADU BATU
Letakkan 20 g madu batu di dalam bekas kaca kecil yang dalam.
Panaskan selama 20-30 saat menggunakan 300 W, sehingga madu cair.
MENCAIRKAN GELATIN
Letakkan kepingan-kepingan gelatin kering (10 g) selama 5 minit dalam air sejuk.
Letakkan gelatin yang telah dituskan di dalam mangkuk pyrex kaca yang kecil.
Panaskan selama 1 minit menggunakan 300 W. Kacau selepas cair.
MEMASAK GERLIS/AISING (UNTUK KEK DAN GATEAUX)
Campurkan gerlis segera (kira-kira 14 g) dengan 40 g gula dan 250 ml air sejuk.
Masak tanpa ditutup dalam mangkuk pyrex kaca selama 3½ hingga 4½ minit menggunakan
900W, sehingga gerlis/aising menjadi lutsinar. Kacau dua kali semasa memasak.
MEMASAK JEM
Letakkan 600 g buah-buahan (contohnya beri campur) di dalam mangkuk pyrex kaca bertutup
yang sesuai saiznya. Tambahkan 300 g gula penjeruk dan kacau rata.
Masak bertutup selama 10-12 minit menggunakan 900 W.
Kacau beberapa kali semasa memasak. Tuangkan langsung ke dalam gelas-gelas jem yang
kecil dengan penutup putar. Biarkan pada penutup selama 5 minit.
MEMASAK PUDING
Campurkan serbuk puding dengan gula dan susu (500 ml) dengan mengikut arahan pembuat
dan kacau rata. Gunakan mangkuk pyrex kaca bertutup yang sesuai saiznya. Masak bertutup
selama 6½ hingga 7½ minit menggunakan 900 W. Kacau rata beberapa kali semasa memasak.
MEMERANGKAN HIRISAN BADAM
Selerakkan 30 g badam yang dihiris dengan rata di atas pinggan seramik bersaiz sederhana.
Kacau beberapa kali semasa memerang selama 3½ hingga 4½ minit menggunakan 600 W.
Biarkan ia selama 2-3 minit di dalam ketuhar. Gunakan sarung tangan ketuhar semasa
mengeluarkan!
MEMATIKAN PEMBUNYI BIP
Anda boleh mematikan pembunyi bip bila-bila sahaja anda mahu.
1.
Untuk mematikan bunyi bip, tekan butang
Stop/
Cancel/Power save (Henti/Batal/Simpan Kuasa)
dan
Start (Mula)
pada masa yang sama.
2.
Untuk menghidupkan bunyi bip, tekan butang
Stop/
Cancel/Power save (Henti/Batal/Simpan Kuasa)
dan
Start (Mula)
semula pada masa yang sama.
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 64
2011-08-02 8:23:02