68
_ penyelesaian masalah dan kod ralat
penyelesaian masalah
dan kod ralat
MENYIMPAN DAN MEMBAIKI KETUHAR GELOMBANG
MIKRO ANDA
Pembaikian seharusnya hanya dilakukan oleh juruteknik servis
berkelayakan.
Jika ketuhar perlu diservis, cabut palam ketuhar dan hubungi Pusat
Perkhidmatan Pelanggan Samsung yang terdekat.
Semasa menghubungi, sila pastikan anda mempunyai maklumat berikut:
•
Nombor model dan nombor siri (Boleh dilihat di belakang ketuhar.)
•
Butiran waranti
•
Perihalan jelas mengenai masalah tersebut
Jika ketuhar perlu disimpan untuk sementara, pilih tempat yang kering dan bersih kerana
habuk dan kelembapan boleh menyebabkan kerosakan.
PENYELESAIAN MASALAH
Jika anda menghadapi masalah dengan ketuhar anda, cuba penyelesaian yang
disarankan di bawah. Ia mungkin menjimatkan masa dan tidak menyukarkan anda
berbanding jika anda membuat panggilan servis yang tidak perlu.
Makanan tidak masak.
• Pastikan pemasa ditetapkan dengan betul dan butang Start (Mula) ditekan.
• Tutp pintu dengan ketat.
• Pastikan tiada fius telah diputuskan atau pemutus litar dicetuskan.
Makanan sama ada terlampau masak atau kurang masak.
• Pastikan masa memasak yang sesuai digunakan.
• Pastikan tahap kuasa yang sesuai digunakan.
Percikan bunga api dan bunyi meletup-letup (pengarkaan)
berlaku di dalam ketuhar.
• Pastikan anda menggunakan peralatan memasak tanpa perapian logam.
• Pastikan tiada garfu atau perkakas logam lain tertinggal di dalam ketuhar.
• Jika menggunakan kerajang aluminium, pastikan ia tidak terlalu dekat dengan
dinding dalam ketuhar.
CP1395EST_XSP_DE68-03885E_MA.indb 68
2011-08-02 8:23:04