4
MALA
Y
MENGGUNAKAN BUKU PANDUAN INI
Anda baru sahaja membeli ketuhar gelombang mikro SAMSUNG. Panduan
Pemilik anda mengandungi maklumat yang berguna mengenai cara
memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro anda:
• Langkah-langkah keselamatan
• Aksesori dan perkakas memasak yang sesuai
• Petua memasak yang berguna
• Petua memasak
MAKLUMAT KESELAMATAN PENTING
ARAHAN KESELAMATAN PENTING.
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN PADA MASA
HADAPAN.
Sebelum menggunakan ketuhar, pastikan arahan berikut diikuti.
• Gunakan alat ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti
yang diterangkan di dalam buku panduan ini. Amaran dan Arahan
Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak merangkumi semua
keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk
menggunakan akal, berwaspada dan berhati-hati semasa memasang,
menyelenggarakan dan mengendalikan perkakas anda.
• Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model,
ciri ketuhar gelombang mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada
yang diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua tanda-tanda
amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau
keprihatinan, hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda
atau dapatkan bantuan dan maklumat dalam talian di www.samsung.
com.
• Ketuhar gelombang mikro ini seharusnya digunakan untuk memanaskan
makanan. Ianya bertujuan untuk kegunaan rumah domestik sahaja.
Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi dengan
bijian, yang boleh menyebabkan melecur dan kebakaran. Pengilang
tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan
oleh penggunaan alat yang tidak sesuai atau tidak betul.
• Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih
boleh mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh
memendekkan hayat alat ini dan mungkin mengakibatkan situasi yang
berbahaya.
KETERANGAN BAGI SIMBOL DAN IKON
AMARAN
Bahaya atau amalan-amalan yang tidak selamat yang boleh menyebabkan
kecederaan diri yang teruk atau kematian
.
AWAS
Bahaya atau amalan-amalan yang tidak selamat yang boleh menyebabkan
kecederaan diri yang tidak serius atau kerosakan harta benda
.
Amaran; Bahaya
kebakaran
Amaran; Permukaan panas
Amaran; Elektrik
Amaran; Bahan mudah meletup
JANGAN cuba.
Ikuti arahan sepenuhnya.
JANGAN rungkas.
Cabut palam kuasa dari soket
dinding.
JANGAN sentuh.
Pastikan mesin dibumikan untuk
mencegah kejutan elektrik.
Hubungi pusat
perkhidmatan bagi
mendapatkan bantuan.
Nota
Penting
LANGKAH BERJAGA-JAGA UNTUK MENGELAKKAN
KEMUNGKINAN PENDEDAHAN PADA TENAGA GELOMBANG
MIKRO YANG MELAMPAU.
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan
kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
(a) Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba mengendalikan ketuhar
dengan pintunya terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan (selak pintu) atau
memasukkan sesuatu benda ke dalam lubang saling kunci keselamatan.
(b) JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau
membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap.
Pastikan pintu dan permukaan kedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya
selepas digunakan mula-mula dengan kain lembap dan kemudian dengan kain kering
yang lembut.
(c) JANGAN kendalikan ketuhar jika ia rosak sehingga ia telah dibaiki oleh juruteknik servis
gelombang mikro yang berkelayakan yang dilatih oleh pengilang. Adalah penting sekali
pintu ketuhar ditutup dengan betul dan tiada kerosakan pada:
ME109F-1SH_XSM-DE68-03820D_MA.indd 4
2011-09-10 1:27:49