Penyelenggaraan
Pembersihan
Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada terkumpul pada atau di
dalam ketuhar. Berikan juga perhatian khusus pada pintu, pengadang pintu, dan pinggan putar
serta gelang roda (model berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika pengadang pintu telah
mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam air sabun untuk membersihkan kedua-
dua bahagian dalam dan luar ketuhar. Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada bahagian dalam
ketuhar
1.
Dengan ketuhar yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan di tengah
pinggan putar.
2.
Panaskan ketuhar selama 10 minit pada kuasa maks.
3.
Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar menyejuk. Kemudian, buka pintu dan
bersihkan ruang memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam model pemanas-berputar
Untuk membersihkan kawasan atas ruang
memasak, rendahkan elemen pemanasan atas
sebanyak 45° seperti yang ditunjukkan. Ini akan
membantu membersihkan kawasan atas. Apabila
selesai, letakkan semula elemen pemanasan atas.
AWAS
•
Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka dan tertutup dengan
lancar. Jika tidak, kitar hidup ketuhar akan pendek.
•
Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam pengudaraan ketuhar.
•
Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
•
Selepas setiap penggunaan ketuhar, gunakan bahan pencuci lembut untuk membersihkan
ruang memasak selepas menunggu ketuhar untuk menyejuk.
Penggantian (pembaikan)
AMARAN
Ketuhar ini tidak mempunyai bahagian boleh alih-pengguna di dalam. Jangan cuba untuk
menggantikan atau membaiki ketuhar sendiri.
•
Jika anda menghadapi masalah dengan engsel, pengadang, dan/atau pintu, hubungi
juruteknik bertauliah atau pusat perkhidmatan Samsung setempat untuk mendapatkan
bantuan teknikal.
•
Jika anda mahu menggantikan mentol lampu, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
setempat. Jangan menggantikan ia sendiri.
•
Jika anda menghadapi masalah dengan perumah luar ketuhar, cabut palam kod kuasa
daripada sumber kuasa, dan kemudian hubungi pusat perkhidmatan Samsung setempat.
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan
•
Jika anda tidak menggunakan ketuhar untuk tempoh yang panjang, cabut palam daripada
kod kuasa dan alihkan ketuhar ke lokasi yang kering, bebas habuk. Habuk dan lembapan
yang terbina di dalam ketuhar mungkin menjejaskan prestasi ketuhar.
Bahasa Melayu 9
P
eny
eleng
g
ar
aan
MW3500K_MG23K3513GK_SM_DE68-04421L-01_MS+ZH+EN.indb 9
2019-09-02 4:38:42