Bahasa Melayu 27
Panduan memasak
Memanaskan dan masa biar
Apabila memanaskan semula makanan buat pertama kalinya, sebaiknya anda membuat catatan
tentang masa yang diambil – untuk dirujuk pada masa hadapan.
Sentiasa pastikan bahawa makanan yang dipanaskan semula panas menggelegak
keseluruhannya.
Biarkan makanan itu buat seketika selepas memanaskan semula – supaya suhunya menjadi
seimbang.
Masa biar yang disarankan selepas memanaskan semula ialah 2-4 minit, kecuali masa yang lain
disyorkan di dalam carta.
Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Lihat juga bab
mengenai langkah-langkah keselamatan.
Memanaskan semula cecair
Sentiasa berikan masa biar selama sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar dimatikan untuk
membolehkan suhunya menjadi seimbang. Kacau semasa memanaskan, jika perlu, dan SENTIASA
kacau selepas memanaskan. Untuk mencegah didihan yang membuak-buak dan kemungkinan
kulit anda melecur, anda harus meletakkan sudu atau batang kaca ke dalam minuman dan kacau
sebelum, semasa dan selepas memanaskannya.
Memanas semula makanan bayi
Makanan bayi
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan penutup plastik. Kacau rata selepas
memanaskan semula! Biarkan selama 2-3 minit sebelum menghidangkan. Kacau sekali lagi dan
periksa suhunya. Suhu hidangan yang disarankan: antara 30-40 °C.
Susu bayi
Tuang susu ke dalam botol kaca yang telah disteril. Panaskan tanpa ditutup. Jangan sesekali
memanaskan botol bayi dengan putingnya sekali, kerana botol boleh meletup jika terlampau
panas. Goncang betul-betul sebelum masa biar dan sekali lagi sebelum menghidangkan ! Sentiasa
periksa suhu susu atau makanan bayi dengan teliti sebelum memberinya kepada bayi. Suhu
hidangan yang disarankan: ca. 37 °C.
Catatan
Makanan bayi terutamanya perlu diperiksa dengan teliti sebelum dihidangkan bagi mencegah
berlakunya lecur.
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual yang berikutnya sebagai garis panduan untuk
memanaskan semula.
Memanaskan semula cecair dan makanan
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual ini sebagai garis panduan untuk memanaskan
semula.
Makanan
Saiz Hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Minuman (Kopi,
Teh dan Air)
150 ml (1 cawan)
300 ml (2 cawan)
450 ml (3 cawan)
600 ml (4 cawan)
1000 W
1-1½
2-2½
3-3½
3½-4
Arahan
Tuangkan ke dalam cawan-cawan dan panaskan semula tanpa ditutup:
1 cawan di tengah-tengah, 2 cawan bertentangan satu sama lain,
3 cawan dalam satu bulatan. Biarkan di dalam ketuhar Gelombang Mikro
semasa masa biar dan kacau rata.
Biarkan selama 1-2 minit.
Sup (Dingin)
250 g
350 g
450 g
550 g
1000 W
2½-3
3-3½
3½-4
4½-5
Arahan
Tuang ke dalam pinggan atau mangkuk seramik yang dalam. Tutup
dengan penutup plastik. Kacau rata selepas memanaskan semula. Kacau
sekali lagi sebelum menghidangkannya. Biarkan selama 2-3 minit.
MS30T5018AK_SP_DE68-04598C-00_MS+ZH+EN.indb 27
3/2/2020 2:28:14 PM
Summary of Contents for MS30T5018A Series
Page 35: ...Memo MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 35 3 2 2020 2 28 14 PM ...
Page 37: ...微波炉 用户手册 MS30T5018A MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 1 3 2 2020 2 28 17 PM ...
Page 71: ...备忘录 MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 35 3 2 2020 2 28 22 PM ...
Page 107: ...Memo MS30T5018AK_SP_DE68 04598C 00_MS ZH EN indb 35 3 2 2020 2 28 30 PM ...