22
MA
Panduan Memasak
GELOMBANG MIKRO
Tenaga gelombang mikro sebenarnya menembusi makanan, tertarik kepada dan
diserap oleh kandungan air, lemak dan gulanya.
Gelombang mikro menyebabkan molekul-molekul di dalam makanan bergerak
dengan pantas. Pergerakan molekul yang pantas ini menimbulkan geseran dan
haba yang dihasilkan memasak makanan.
MEMASAK
Perkakas memasak untuk proses memasak gelombang mikro:
Perkakas memasak mestilah membolehkan tenaga gelombang mikro
menembusinya untuk kecekapan maksimum. Gelombang mikro dipantulkan oleh
logam, seperti keluli tahan karat, aluminium dan tembaga, tetapi ia boleh
menembusi seramik, kaca, tembikar dan plastik serta kertas dan kayu. Jadi
makanan tidak boleh dimasak di dalam bekas logam.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro:
Banyak jenis makanan sesuai untuk proses memasak gelombang mikro,
termasuk sayur-sayuran segar dan sejuk beku, buah-buahan, pasta, beras, biji-
bijian, kacang, ikan dan daging. Sos, kastard, sup, puding kukus, jeruk, dan cutni
boleh juga dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro. Umumnya, proses
memasak gelombang mikro adalah ideal bagi sebarang makanan yang biasanya
dimasak di atas dapur. Mencairkan mentega atau coklat, contohnya (lihat bab
dengan petua, cara dan panduan).
Menutup semasa memasak
Menutup makanan semasa memasak adalah sangat penting, kerana air yang
menyejat naik sebagai wap dan menolong proses memasak. Makanan boleh
ditutup dengan berlainan cara: contohnya dengan pinggan seramik, penutup
plastik atau plastik lekap yang sesuai untuk gelombang mikro.
Masa Biar
Selepas proses memasak selesai, masa biar untuk makanan adalah penting
untuk membolehkan suhu menjadi seimbang di dalam makanan.
Panduan Memasak untuk sayur-sayuran sejuk beku
Gunakan mangkuk pyrex kaca bertutup yang sesuai. Masak tertutup untuk masa
minimum – lihat jadual. Teruskan memasak untuk mendapatkan hasil yang anda
mahu. Kacau dua kali semasa memasak dan sekali selepas memasak.
Tambahkan garam, herba atau mentega selepas memasak. Tutup semasa masa
biar.
Panduan Memasak untuk beras dan pasta
Beras:
Gunakan mangkuk pyrex kaca yang besar dengan penutup – isi
padu beras bertambah sekali ganda semasa dimasak. Masak
bertutup.
Selepas masa memasak tamat, kacau sebelum masa biar dan
tambahkan garam atau herba dan mentega.
Komen: beras mungkin tidak menyerap semua air selepas masa
memasak selesai.
Pasta:
Gunakan mangkuk pyrex kaca yang besar. Tambahkan air
mendidih, sedikit garam dan kacau rata. Masak tanpa ditutup.
Kacau sekali-sekala semasa dan selepas memasak. Tutup semasa
masa biar dan tuskan ia betul-betul selepas itu.
Makanan
Bahag-
ian
Kuasa
Masa
(min.)
Masa Biar
(min.)
Arahan
Bayam
150g
600W
5-6
2-3
Tambahkan 15 ml (1 sudu
besar) air sejuk.
Brokoli
300g
600W
8-9
2-3
Tambahkan 30 ml (2 sudu
besar) air sejuk.
Kacang pis
300g
600W
7-8
2-3
Tambahkan 15 ml (1 sudu
besar) air sejuk.
Kacang Hijau
300g
600W
7½-8½
2-3
2-3 Tambahkan 30 ml (2
sudu besar) air sejuk.
Sayur-sayuran
Campur (lobak
merah/kacang
pis/jagung)
300g
600W
7-8
2-3
Tambahkan 15 ml (1 sudu
besar) air sejuk.
Sayur-sayuran
Campur (Gaya
Cina)
300g
600W
7½-8½
2-3
Tambahkan 15 ml (1 sudu
besar) air sejuk.
Makanan
Bahagian Kuasa
Masa
(min.)
Masa Biar
(min.)
Arahan
Beras Putih
(direbus separuh
empuk)
250g
375g
900W
15-16
17½-18½
5
Tambahkan 500 ml
air sejuk.
Tambahkan 750 ml
air sejuk.
Beras Ceruh
(direbus separuh
empuk)
250g
375g
900W
20-21
22-23
5
Tambahkan 500 ml
air sejuk.
Tambahkan 750 ml
air sejuk.
Beras Campur
(beras + beras liar)
250g
900W
16-17
5
Tambahkan 500 ml
air sejuk.
Jagung Campur
(beras + biji-bijian)
250g
900W
17-18
5
Tambahkan 400 ml
air sejuk.
Pasta
250g
900W
10-11
5
Tambahkan 1000
ml
air panas.
Makanan
Bahag-
ian
Kuasa
Masa
(min.)
Masa Biar
(min.)
Arahan
PG113UC_MA.fm Page 22 Wednesday, May 28, 2003 9:26 AM
Summary of Contents for PG113UC
Page 34: ...34 MA Nota PG113UC_MA fm Page 34 Wednesday May 28 2003 9 26 AM ...
Page 35: ...35 MA Nota PG113UC_MA fm Page 35 Wednesday May 28 2003 9 26 AM ...
Page 36: ...PG113UC_MA fm Page 36 Wednesday May 28 2003 9 26 AM ...
Page 69: ...33 CT d PG113UC_CT fm Page 33 Tuesday May 27 2003 5 27 PM ...
Page 70: ...34 CT d PG113UC_CT fm Page 34 Tuesday May 27 2003 5 27 PM ...
Page 71: ...35 CT d PG113UC_CT fm Page 35 Tuesday May 27 2003 5 27 PM ...
Page 72: ...PG113UC_CT fm Page 36 Tuesday May 27 2003 5 27 PM ...
Page 105: ...33 GB Note PG113UC_GB fm Page 33 Wednesday May 28 2003 10 07 AM ...
Page 106: ...34 GB Note PG113UC_GB fm Page 34 Wednesday May 28 2003 10 07 AM ...
Page 107: ...35 GB Note PG113UC_GB fm Page 35 Wednesday May 28 2003 10 07 AM ...
Page 108: ...PG113UC_GB fm Page 36 Wednesday May 28 2003 10 07 AM ...