Bahasa Melayu-60
Bahasa Melayu-61
JAMINAN
NOTIS BERKENAAN WARANTI UNTUK AKSESORI TV SAMSUNG (AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND SAHAJA)
Waranti untuk Aksesori TV Samsung yang terkandung dalam Manual Pengguna ini tidak lagi digunakan (untuk Australia dan New Zealand
sahaja).
Sila rujuk pada kad waranti dalam kotak, bertajuk "Waranti Untuk Produk Pengguna (LED, LCD, TV Plasma, dan Aksesori TV)", untuk
mendapatkan maklumat waranti.
Produk Samsung ini dijamin selama tempoh yang tersenarai dalam jadual (12) dari tarikh asal pembelian, terhadap mutu kerja dan bahan
yang rosak. Sekiranya khidmat jaminan diperlukan, anda hendaklah terlebih dahulu mengembalikan produk kepada peruncit dari mana ia
dibeli. Walau bagaimanapun, Pusat Khidmat Berdaftar Samsung akan mematuhi jaminan ini semasa Tempoh Jaminan. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Berdaftar terdekat anda.
PROSEDUR UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN JAMINAN
Untuk membuat tuntutan di bawah jaminan, anda perlu menghubungi Pusat Samsung semasa Tempoh Jaminan untuk membincangkan
masalah yang anda alami dengan produk. Jika pembaikan atau penggantian diperlukan, anda akan diberikan Nombor Tuntutan Jaminan
dan alamat Pusat Khidmat Berdaftar.
Jika anda diberikan Nombor Tuntutan Jaminan, anda perlu menghantar produk ke Pusat Khidmat Berdaftar untuk mendapatkan pembaikan
atau penggantian produk berkenaan bersama-sama dengan:
(i) satu salinan kad jaminan anda yang lengkap atau, jika anda telah memberikannya kepada Samsung, nama anda, alamat dan nombor
telefon;
(ii) resit asal, invois atau slip jualan anda untuk pembelian produk baru;
(iii) Nombor Tuntutan Jaminan anda.
Samsung kemudiannya akan membaiki atau menggantikan produk dan memulangkannya kepada anda menggunakan butiran kenalan
yang diberikan.
SYARAT JAMINAN
1. Jaminan ini hanya sah sekiranya prosedur untuk membuat tuntutan jaminan dipatuhi.
2. Tanggungjawab Samsung terhad kepada pembaikan atau, mengikut budi bicara, penggantian produk atau bahagian yang rosak.
3. Pembaikan jaminan mesti dilakukan oleh Pusat Khidmat Berdaftar Samsung. Tiada bayaran balik akan dibuat untuk pembaikan yang
dijalankan oleh pusat khidmat atau pengedar yang tidak disahkan oleh Samsung dan apa-apa kerja pembaikan dan kerosakan pada
produk yang disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan itu tidak akan dilindungi oleh jaminan ini.
4. Produk ini tidak dianggap rosak dalam bahan ataupun mutu kerja oleh sebab bahawa ia memerlukan penyesuaian untuk mematuhi
teknikal tempatan atau nasional atau piawaian keselamatan yang berkuat kuasa di mana-mana negara selain daripada tempat
produk itu asalnya direka bentuk dan dikilang. Jaminan ini tidak akan melindungi, dan pembayaran balik tidak akan dibuat untuk
penyesuaian itu, mahupun apa-apa kerosakan yang mungkin timbul.
5. Jaminan tidak terpakai kepada mana-mana produk yang telah rosak atau dianggap rosak akibat mana-mana sebab yang
dikecualikan berikut, iaitu:
a. akibat kemalangan atau penyalahgunaan;
b. melalui kegagalan menggunakan produk ini untuk tujuan yang biasa;
c. oleh penggunaan bahagian-bahagian yang tidak dibuat atau dijual oleh Samsung;
d. oleh pengubahsuaian tanpa kebenaran bertulis daripada Samsung;
e. oleh kerosakan akibat daripada transit, pengabaian, lonjakan kuasa atau bekalan elektrik terputus;
f. oleh kerosakan akibat daripada kilat, air, api, atau kuasa Tuhan;
g. akibat haus dan lusuh biasa; atau
h. perbezaan dalam kaedah penyiaran atau standard produk di antara negara.
6. Jaminan ini sah untuk mereka yang memiliki produk secara sah dalam tempoh jaminan.
7. TIADA APA-APA DALAM SYARAT JAMINAN INI AKAN MENGECUALIKAN ATAU MENGEHADKAN LIABILITI SAMSUNG TERHADAP
KEMATIAN ATAU KECEDERAAN DIRI DISEBABKAN OLEH KECUAIAN YANG TERBUKTI OLEH SAMSUNG, KECUALI JIKA HAD
ATAU PENGECUALIAN TERSEBUT ADALAH DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG.
8. DENGAN PENGECUALIAN LIABILITI SAMSUNG YANG TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN ATAU DIHADKAN OLEH UNDANG-UNDANG
, SAMSUNG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK: SEBARANG KERUGIAN ATAU PERBELANJAAN YANG TIDAK
LANGSUNG, SAMPINGAN, KHAS; ATAU KEHILANGAN KEUNTUNGAN; ATAU KEHILANGAN PENGGUNAAN ATAU KEHILANGAN
DATA; ATAU KEROSAKAN KEPADA MUHIBAH, REPUTASI ATAU HILANG PERNIAGAAN, YANG TIMBUL SECARA LANGSUNG
ATAU TIDAK DARIPADA PEMBELIAN, PENGGUNAAN ATAU JUALAN PRODUK, SAMA ADA SAMSUNG TELAH DIMAKLUMKAN
ATAU TIDAK ATAU MENYEDARI KEMUNGKINAN KEROSAKAN, KEHILANGAN ATAU PERBELANJAAN SEDEMIKIAN.
9. DENGAN PENGECUALIAN LIABILITI SAMSUNG YANG TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN ATAU DIHADKAN OLEH UNDANG-
UNDANG, LIABILITI SAMSUNG DI BAWAH ATAU YANG BERHUBUNG DENGAN JAMINAN INI ATAU PEMBELIAN, PENGGUNAAN
ATAU JUALAN PRODUK TIDAK AKAN MELEBIHI HARGA DIBAYAR UNTUK PRODUK BARU.
10. KECUALI DISEDIAKAN DALAM JAMINAN INI, SEMUA SYARAT, JAMINAN DAN TERMA YANG DIKENAKAN OLEH STATUT ATAU
SEBALIKNYA ADALAH DENGAN INI DIKECUALIKAN SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG.
11. Syarat-syarat jaminan di atas tidak menjejaskan hak berkanun anda sebagai pengguna atau sebaliknya.
[
]VG-KBD1000_Rev_1_2_L15.indb 61
2012-12-14 11:13:22