M-2
ARAHAN PENTING KESELAMATAN
Sila baca arahan di bawah dengan teliti sebelum menggunakan unit ini.
AMARAN - Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan :
Apabila menggunakan alat elektrik, langkah-langkah keselamatan asas
perlu dipatuhi, termasuk yang berikut:
• Jangan mengendalikan suis semasa memandu. (Perbuatan sedemikian boleh
mengakibatkan kemalangan.)
• Jangan pasang unit ini di tempat yang boleh mengganggu penglihatan di hadapan atau
pengendalian pemanduan, ataupun di tempat yang boleh membahayakan penumpang.
(Perbuatan sedemikian boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan).
• Jangan letak di tempat yang terdedah kepada pancaran terus matahari. (Perbuatan
sedemikian boleh menyebabkannya meleding atau tidak dapat berfungsi dengan baik)
• Unit ini direka khas untuk digunakan pada kenderaan yang menggunakan bateri 12V.
Jangan menggunakannya pada kenderaan lain. Jangan guna unit ini pada trak-trak
besar, bus-bus atau kenderaan yang menggunakan bateri 24V. (Perbuatan sedemikian
boleh mengakibatkan kebakaran atau kejutan elektrik.)
• Jangan rosakkan atau ubah suai tali korda. Juga, jangan gunakan tali korda yang telah
rosak. (Bahagian yang rosak boleh menyebabkan litar pintas dan tali kord boleh menjadi
lebur, dan mengakibatkan kebakaran.) Jika tali korda rosak, hubungi stor pembelian
anda.
• Jangan menarik tali korda ketika mencabut dari palam rokok atau dari unit sambungan
palam. (Perbuatan sedemikian akan merosakkan tali korda, dan mengakibatkan
kebakaran atau kejutan elektrik.)
• Jangan mencucuk atau mencabut palam rokok atau unit sambungan palam dengan
tangan basah. (Perbuatan sedemikian boleh menyebabkan kejutan elektrik.)
• Ketika mengalih unit, berhati-hati supaya tidak terjatuh atau menyebabkannya terhentak.
(Perbuatan sedemikian boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan.) Jika unit
terjatuh atau rosak, sila hubungi stor pembelian anda. Penggunaan sedemikian yang
berterusan boleh mengakibatkankan kebakaran atau kejutan elektrik.
• Jangan ubah suai unit. Juga, tiada sesiapa selain dari juru teknik yang sah saja
dibolehkan untuk menceraikan atau membaiki unit. (Perbuatan sedemikian boleh
mengakibatkan kebakaran, kejutan elektrik atau kecederaan.) Hubungi stor pembelian
anda untuk pembaikan.
• Jangan tumpahkan minuman atau menjatuhkan abu rokok, objek logam, objek mudah
terbakar dan sebagainya ke dalam unit melalui saluran keluar masuk udara. Harus lebih
berhati-hati jika terdapat kanak-kanak kecil dalam keluarga anda. Sekiranya air atau
bendasing termasuk ke dalam unit, cabutkan palam rokok dari soket pencucuh rokok.
(Penggunaan sedemikian yang berterusan boleh mengakibatkan kebakaran atau kejutan
elektrik.) Hubungi stor pembelian anda.
• Jangan lap unit dengan minyak, alkohol, benzin atau pencair, atau semburan rambut
atau racun serangga pada unit. Jika bahan-bahan ini termasuk ke dalam unit, lapkan
dengan segera. (Bahan-bahan sedemikian boleh mengakibatkan rekahan atau kejutan
elektrik atau kebakaran.)
• Guna penyesuai kereta yang direka khas untuk unit ini dan cucukkan palam rokok
sehingga ketat. (Jika palam kereta tidak dicucuk dengan ketat, ia akan menjadi semakin
panas, dan mencacatkan soket pencucuh rokok dan ini akan mengakibatkan kebakaran.)
IG-BC2E.MA.indd 4
IG-BC2E.MA.indd 4
2010/01/13 12:50:00
2010/01/13 12:50:00