MALA
Y
M-3
PERINGATAN BERKENAAN OPERASI:
• Jangan sentuh bahagian logam pada palam rokok pada penyesuai kereta (atau pada
soket pencucuh rokok). (Bahagian logam pada palam rokok dikhuatiri menjadi panas
setelah kereta diberhentikan dan boleh mengakibatkan kelecuran jika disentuh.)
• Jangan guna unit ini pada pemegang cawan yang boleh diperolehi secara komersial,
atas permukaan yang tidak tetap atau tidak rata atau di tempat-tempat lain yang tidak
stabil. (Unit ini mungkin terjatuh, dan menyebabkan kecederaan atau kerosakan.)
• Keluarkan unit dari bilik jika menggunakan racun serangga atau deodoran jenis
pewasapan. Jika tidak, larutan kimia boleh memasuki unit dan kemudiannya dikeluarkan
dari saluran udara, dan berkemungkinan memudaratkan kesihatan anda.
• Jika unit terjatuh dari pemegang cawan (semasa memandu di atas jalan yang kasar, di
atas bonggol dan sebagainya.), perlahankan kenderaan atau tanggalkankan unit dari
pemegang cawan terlebih dahulu. (Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan
kecederaan atau kerosakan pada unit.)
• Jangan guna produk mengandungi silikon* berdekatan dengan unit. Fluororesin atau
silikon boleh tersekat di dalam unit, dan menghalangnya daripada mengeluarkan ion
plasmacluster.
* Produk penjagaan rambut (Salutan pecahan hujung rambut, mousses rambut, perawatan
rambut dan sebagainya.), kosmetik, deodoran, agent anti statik, penyembur kalis air,
penggilap, pembersih kaca, kain yg dicelup bhn kimia, lilin dan sebagainya. (Lihat M-9)
• Sekiranya
fi
us terbakar, pastikan ia diganti dengan
fi
us tiub kaca 5A (boleh diperolehi di
kedai). Jangan gunakan wayar dan sebagainya untuk menggantikan
fi
us. (Penggunaan
sesuatu selain dari fius yang ditetapkan boleh menyebabkan pemanasan dan
mengakibatkan kebakaran.)
• Pastikan palam rokok dicabut dari soket pencucuh rokok semasa mencuci. (Kegagalan
berbuat demikian akan menyebabkan kejutkan elektrik atau kecederaan.)
• Pastikan palam rokok dicabut dari soket pencucuh rokok jika tidak menggunakannya
untuk jangka masa yang panjang. (Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan
kejutan elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pantas.)
• Jika soket pencucuh rokok bersepadu dengan bekas abu rokok, pastikan rokok
betul-betul dipadamkan sebelum menggunakannya. Apabila keluar dari kenderaan,
cabutkankan palam rokok dan tutup penutup bekas abu. (Kegagalan berbuat demikian
boleh mengakibatkan kebakaran yang disebabkan oleh bara rokok.)
IG-BC2E.MA.indd 5
IG-BC2E.MA.indd 5
2010/01/13 12:50:00
2010/01/13 12:50:00