57
56
Bahasa Melayu
Pelindung pernafasan mengurangkan kabus daripada
pelindung/visor yang disebabkan oleh pernafasan.
Untuk memasang pelindung pernafasan, gunakan
prosedur berikut.
Memasang Pelindung Pernafasan
Seperti yang ditunjukkan di dalam lukisan, masukkan
pelindung pernafasan di tempat antara pengalihan
udara penyahfros dan pelapik serapan impak.
Menanggalkan Pelindung Pernafasan
Tarik pelindung pernafasan dari ruang antara
pengalihan udara penyahfros dan pelapik serapan
impak. Apabila anda menarik keluar pelindung
pernafasan, bahagian belakang trim getah mungkin
tertanggal. Jika hal ini berlaku, ambil trim getah
menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, dan letak
semula di tempatnya.
Pad telinga direka untuk mengurangkan hingar udara.
Pad telinga boleh ditanggalkan. Untuk menanggalkan
atau memasang pad telinga, lihat bahagian
"Menanggalkan dan Memasang Bahagian Dalam".
Jika anda menarik pelindung/visor CNS-3 ke bawah
sepenuhnya, tab pelindung/visor akan mengancing
cangkuk. Kami mengesyorkan agar anda menggunakan
pelindung/visor dalam kedudukan ini ketika menunggang
motosikal anda.
Menanggalkan Pelindung/Visor CNS-3
1. Buka pelindung/visor CNS-3 kepada kedudukan
terbuka sepenuhnya (Lukisan 1).
2. Semasa menarik pencetus ke bawah, angkat dan
pusing pelindung/visor ke atas dengan memegang
hujung bahagian bawah untuk melepaskan cangkuk
A (Lukisan 2). Apabila cangkuk A dilepaskan, cangkuk
B juga akan dilepaskan pada masa yang sama.
3. Tarik pelindung/visor ke arah yang ditunjukkan di
dalam Lukisan 3 dan lepaskan cangkuk C.
4. Ikuti prosedur yang sama untuk menanggalkan
bahagian lain.
1
3
2
Setelah pad telinga dipasang, bunyi dari
kenderaan berdekatan akan berkurangan.
Sila peka dengan perkara ini ketika
menunggang.
Jangan bawa atau pegang topi keledar pada
pelindung pernafasan. Pelindung pernafasan
mungkin tertanggal, menyebabkan topi
keledar terjatuh.
Sebelum menggunakan pelindung/visor buat
pertama kali selepas pembelian, tanggalkan
lapisan pelindung dari pelindung/visor.
Pelindung Pernafasan
Bahasa Melayu
Pelindung/Visor CNS-3
Bahasa Melayu
Pad Telinga
Tab Pelindung/Visor
Cangkuk
Pelindung/
Visor
Cangkuk C
Cangkuk A
Cangkuk C
Cangkuk A
Pencetus
Rel cangkuk
Cangkuk B