MY
6
• Jika kotoran atau pasir terkena pada gasket pengedap atau permukaan yang
dipasangnya, lapkan kawasan itu sehingga bersih dengan kain lembut yang
tidak akan meninggalkan apa-apa serat. Jangan gunakan alat yang runcing
untuk mengelakkan gasket pengedap dan permukaan yang dipasangnya
daripada tercalar.
• Jangan membuka/menutup penutup bateri/kad ingatan, atau penutup
penyambung berbilang dengan tangan yang basah atau berpasir atau
berhampiran air. Terdapat risiko bahawa ini akan menyebabkan pasir atau air
memasuki bahagian dalamnya. Sebelum membuka penutup, lakukan tatacara
yang diperihalkan dalam “Pembersihan selepas menggunakan kamera di
dalam/berdekatan air”.
• Buka penutup semasa kamera benar-benar kering.
• Sentiasa pastikan bahawa penutup bateri/kad ingatan dan penutup
penyambung berbilang telah dikunci dengan rapat.
Perhatian tentang menggunakan kamera di dalam/berdekatan air
• Jangan biarkan kamera terkena kejutan seperti melompat ke dalam air.
• Jangan membuka dan menutup penutup bateri/kad ingatan atau penutup
penyambung berbilang semasa berada di dalam/berhampiran air.
• Gunakan selongsong (Pek Marin) yang boleh didapati secara berasingan jika
anda turun lebih daripada 3 meter di dalam air.
• Kamera ini tenggelam dalam air. Masukkan tangan anda ke dalam tali
pergelangan tangan untuk mengelakkan kamera daripada tenggelam.
• Titik-titik bulat putih yang samar-samar mungkin muncul dalam foto denyar
bawah air disebabkan oleh pantulan dari objek yang terapung. Ini bukan
pincang tugas.
• Pilih
(Dalam air) dalam Pemilihan Pemandangan untuk merakam dalam
air supaya kurang herotan.
• Jika ada titisan air atau benda asing lain pada kanta, anda tidak akan dapat
merakam imej yang jelas.
Pembersihan selepas menggunakan
kamera di dalam/berdekatan air
• Sentiasa bersihkan kamera dengan air selepas
digunakan di dalam masa 60 minit, dan jangan
membuka penutup bateri/kad ingatan sebelum
pembersihan selesai. Pasir atau air mungkin
memasuki bahagian dalam tempat ia tidak dapat
dilihat. Jika tidak dibilas, prestasi kalis air akan terjejas.
• Biarkan kamera berada dalam air tulen yang dituangkan ke dalam mangkuk
pembersihan selama lebih daripada 5 minit. Kemudian, goncang kamera
perlahan-lahan, tekan setiap butang, gelongsorkan tuas zum (W/T) atau
penutup kanta di dalam air, untuk membersihkan apa-apa garam, pasir atau
benda lain yang melekat pada butang atau penutup kanta.
Summary of Contents for Cyber-shot DSC-TX5
Page 33: ...GB 33 GB ...
Page 50: ...CT 18 拍攝動態影像 1 將鏡頭蓋往下推 然後觸 摸 拍攝模式 t 動態影像模式 2 將快門按鈕完全按下去以 便開始記錄 3 再度將快門按鈕完全按下去以停止記錄 鏡頭蓋 ...
Page 76: ...CS 18 拍摄动态影像 1 拉下镜头盖 然后触按 拍摄模式 t 活 动影像模式 2 完全按下快门按钮开始录制 3 再次完全按下快门按钮停止录制 镜头盖 ...
Page 115: ...MY 31 MY ...
Page 145: ...ID 31 ID ...
Page 178: ...TH 34 ...
Page 179: ...TH TH 35 ...
Page 207: ...AR 29 ...
Page 235: ...PR 29 ...