background image

Peralatan Memasak Universal Tupperware

Tahniah kerana anda memilih koleksi Peralatan Memasak Universal Tupperware. 

Rangkaian peralatan memasak yang penting dan mudah disimpan ini akan memberikan kualiti 

yang anda perlukan untuk mendapatkan hasil yang lazat tanpa kerumitan. Anda tidak akan 

berkompromi dengan penggunaan yang ringkas serta produk yang berkualiti!

asDF

G

JmH

Gunakan tetapan suhu yang rendah pada mesin pembasuh pinggan mangkuk anda untuk menjimatkan 

tenaga dan membantu memelihara alam sekitar.

Ciri-ciri dan Faedah

Kuali keluli tahan karat yang mempunyai gred tinggi ini akan membantu anda mencipta hidangan 

kasual mahupun mewah. Diluluskan oleh para cef, serta disukai oleh pengguna! Peralatan 

memasak ini, berasaskan 3-lapisan 304 keluli tahan karat, yang  direka baik untuk memberikan 

anda kepuasan selama bertahun-tahun! Untuk hasil seperti Cef, anda memerlukan peralatan 

memasak universal ini. 

Produk ini sesuai untuk semua permukaan memasak.

Gas 

Elektrik  Seramik Induksi

Tupperware Universal Cookware Stockpot (4L, 7L, 2.4L, 5.6L), Frypan (Ø24cm, Ø28cm) dan 

Wok (Ø38cm)mempunyai satu-lapisan dinding keluli tahan karat. Binaan tiga lapisan pada dasar 

peralatan memasak itu terdiri daripada keluli tahan karat dan aluminium yang memastikan pengaliran 

haba yang sekata dan cekap. 

Peralatan Memasak dengan salutan tanpa lekat membolehkan makanan mudah dileraikan dan dimasak 

dengan kandungan lemak yang minimum.

Penggunaan dan Penjagaan

•  Baca manual peralatan memasak dengan teliti dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang. 

•  Jika terdapat sebarang label, tanggalkan label itu sebelum penggunaan. Sentiasa basuh dan bilas 

peralatan memasak baharu anda sebelum penggunaan kali pertama. 

•  Diameter dasar peralatan memasak mestilah sepadan dengan diameter penunu dapur memasak 

yang digunakan. 

•  Apabila mendidihkan air bergaram di dalam peralatan memasak, sentiasa tambahkan garam 

ke dalam air yang sudah mendidih dan pastikan garam ditabur dengan sekata di dalam air. Ini 

mengurangkan risiko pelubangan. 

•  Jangan gunakan produk di dalam ketuhar gelombang mikro, di atas unggun api nyalaan terbuka, di 

atas gril atau di bawah alat pemanggang. 

•  Jangan biarkan peralatan memasak yang kosong di atas penunu yang panas atau membiarkan kuali 

mendidih sehingga kering. 

•  Jangan sesekali menuangkan air ke atas lemak panas di dalam peralatan memasak.

•  Jangan jatuhkan peralatan memasak. Jika terjatuh boleh menyebabkan kuali berubah bentuk.

•  Walaupun penutup diperbuat daripada kaca bajaan, kaca tersebut boleh pecah jika terjatuh, maka 

hendaklah dikendalikan dengan berhati-hati. 

•  Sebelum penggunaan pertama, sapukan sedikit lemak pada kuali leper tanpa lekat. Jangan gunakan 

semburan memasak aerosol kerana ini boleh meninggalkan sisa melekit dan menyebabkan 

makanan melekat.

•  Untuk melindungi salutan tanpa lekat yang berkualiti tinggi pada peralatan memasak, JANGAN 

gunakan perkakas logam atau bertepi tajam pada produk, kerana ini akan merosakkan salutan tanpa 

lekat.

•  Jangan gunakan pengadun tangan di dalam peralatan memasak anda, kerana ini akan merosakkan 

salutan tidak melekat.

•  Sentiasa susun Kuali dengan beralaskan kain antara satu sama lain untuk menjaga permukaan 

dalam dan luar peralatan memasak. 

•  Jangan gunakan peralatan memasak dengan salutan tanpa lekat jika salutannya mulai mengelupas.

•  Sentiasa gunakan alas periuk apabila meletakkan peralatan memasak yang panas di atas meja 

makan atau permukaan kerja.

•  Jangan gunakan peralatan memasak jika pemegangnya longgar kerana pemegang boleh tercabut 

dari dan menyebabkan kecederaan atau menyebabkan kerosakan produk.

Garis Panduan Pembersihan

•  Biarkan peralatan memasak sejuk secara beransur-ansur sebelum dibersihkan. Jangan bilas kuali 

panas menggunakan air sejuk kerana ini boleh menyebabkan gris panas terpercik atau wap terhasil 

dan boleh menyebabkan kecederaan. 

•  Tanggalkan makanan yang melekat atau berkerak dengan merendam peralatan memasak di dalam 

air panas berserta dengan bahan cuci pinggan mangkuk. 

•  Gunakan pembersih yang tidak bersifat melelas dan tanpa klorida sahaja dengan berus penyental 

span, nilon atau Tuala Mikrogentian Tupperware. 

•  Jangan gunakan sabut keluli atau produk logam untuk membersihkan peralatan memasak anda 

kerana ini akan mencalarkan produk. 

•  Walaupun produk ini selamat digunakan di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk, kami 

mengesyorkan cucian tangan kerana produk boleh menjadi rosak jika tersentuh dengan kuali lain 

atau permukaan logam semasa kitaran pembasuhan pinggan mangkuk.

•  Gunakan pembersih keluli tahan karat yang khusus untuk menanggalkan kotoran yang degil serta 

menggilap permukaan. Gunakan bahagian lembut pada span yang digunakan untuk mencegah 

berlakunya kesan calar pada kemasan cermin pada bahagian luar.

Garis Panduan Keselamatan

•  Jauhkan daripada kanak-kanak semasa digunakan.

•  Jangan sesekali letakkan pemegang betul-betul di atas sumber haba.

•  Jangan sesekali biarkan nyalaan dapur gas melebihi bahagian tepi peralatan memasak. Bagi 

mengekalkan keseimbangan di atas dapur gas, pastikan kedudukan pemegang yang panjang 

berada di atas kaki tungku. (lihat rajah A)

Garis Panduan Memasak

•  Untuk menggoreng dengan bahagian dalaman keluli tahan karat, suhu yang betul hendaklah dicapai 

bagi mengelakkan daging daripada melekat serta mengoptimumkan pemerangan daging anda. 

Periksa suhu dengan merenjiskan titisan air ke atas kuali keluli tahan karat yang telah dipanaskan 

terlebih dahulu, tanpa sebarang gris. Jika titisan itu mula bergolek, maksudnya kuali anda telah 

mencecah suhu yang betul.

•  Panaskan peralatan memasak terlebih dahulu dengan sedikit lemak menggunakan haba rendah 

hingga sederhana selama 1 hingga 2 minit sebelum meletakkan makanan. 

•  Jika memasak menggunakan minyak, tambahkan sahaja minyak bersuhu bilik ke dalan kuali yang 

telah dipanaskan terlebih dahulu untuk meminimumkan risiko percikan. 

Petua Penjimatan Tenaga

•  Matikan dapur memasak lima minit sebelum masa memasak berakhir. Bahagian dasar yang 

terkurung akan memastikan bahawa kuali cukup panas untuk menyelesaikan proses memasak.

•  Pilih saiz yang betul untuk tugas memasak anda; cara yang terbaik ialah dengan mengisikan kuali 

anda dengan kapasiti 2/3 kuali tersebut.

•  Gunakan suhu yang rendah pada mesin pembasuh pinggan mangkuk anda untuk menjimatkan 

tenaga dan membantu memelihara alam sekitar. 

Komitmen Tupperware

Produk kami mencerminkan komitmen kami untuk memberikan impak yang dapat diukur terhadap 

dunia di sekeliling kami. Di Tupperware, kami mereka bentuk semua produk dengan mengambil kira 

peminimuman sisa plastik dan makanan. Dengan mencipta produk yang berkualiti, tahan lama dan boleh 

digunakan semula untuk tempoh masa yang lama, kami menyokong misi kami untuk mengurangkan 

sisa demi kelanjutan planet kita, warga kita dan komuniti di tempat kami menetap dan bekerja.

Peralatan Memasak Tupperware dilindungi oleh jaminan Tupperware daripada apa-apa kecacatan 

bahan atau pengilangan yang mungkin berlaku semasa menggunakan produk mengikut arahan dan 

dalam penggunaan rumah tangga yang biasa. 

Jaminan ini tidak merangkumi kerosakan terhadap produk akibat kecuaian penggunaan atau 

penyalahgunaan yang mungkin melibatkan pemanasan lampau, kesan kotoran atau calar pada 

bahagian dalam dan luar ataupun apa-apa lekukan yang mungkin berlaku atau jika produk telah terjatuh. 

Jika produk anda dilindungi oleh jaminan, sila rujuk terma jaminan yang digunakan untuk negara anda 

bagi mendapatkan penerangan penuh tentang perlindungan tersebut. 

Produk Tupperware boleh digunakan berulang kali. Jika atas apa-apa sebab produk anda mengalami 

kerosakan dan tidak dilindungi oleh jaminan atau anda tidak lagi memerlukan produk anda, jalankan 

tanggungjawab anda dan kitar semula produk itu atau maklumkan kepada kami sekiranya kami dapat 

membantu anda. 

www.tupperwarerbands.com.my

rajah .

 

A

Reviews: