SELAMAT DATANG
Tahniah atas pemilikan peranti penstriman anda yang baharu.
Kandungan bungkusan - lihat ilustrasi 1
1. Peranti
2. Kabel USB mikro
3. Pendakap pelekapan dengan pemegang kabel
4. Kabel audio (Toslink) optikal
5. Sacet pembersihan
6. Pita pelekat ganda ganti untuk pelekapan
7. Kabel audio analog (picu ke fono mini)
SILA AMBIL PERHATIAN
Baca buku panduan ini dan arahan pengguna untuk alat bantu pendengaran anda de-
ngan cermat sebelum anda mula menggunakan peranti.
Kegunaan yang dicadangkan
Peranti ini bertujuan sebagai pemancar bunyi wayarles dari televisyen ke alat pende-
ngaran yang disokong.
Maklumat keselamatan penting
Baca bahagian ini dengan teliti sebelum anda mula menggunakan peranti ini.
Jauhkan peranti daripada kanak-kanak yang berumur di bawah tiga tahun.
Jangan guna peranti di luar bangunan.
Jangan cuba untuk membuka atau membaiki sendiri peranti. Hubungi profesional
penjagaan pendengaran anda jika anda perlu untuk membaiki peranti anda.
Jauhkan peranti dari cahaya matahari terus dan jangan letakkan berhampiran de-
ngan sebarang peralatan lain yang boleh memanaskannya.
Pengecas dinding TV atau USB mesti mematuhi IEC 60601-1, IEC 60950-1, IEC
62368-1 atau standard keselamatan yang setara dengannya.
Peranti anda perlu disimpan dan dipindahkan dalam suhu dan kelembapan antara
-20°C 55°C (-4°F hingga 131°F) dan 10%-90% rH.
Peranti anda direka untuk beroperasi dalam suhu, kelembapan dan tekanan atmosfera
antara 0°C (32°F) hingga 45°C (113°F), 10%-90% rH dan 500 hingga 1500 mBar.
213