SILA AMBIL PERHATIAN
Jika TV anda tidak mempunyai soket USB, anda boleh menggunakan pengecas dinding
USB standard (tidak disertakan). Pengecas dinding seharusnya membekal sekurang-ku-
rangnya 500 mA (2.5 W) kuasa.
Menyediakan peranti untuk satu atau dua alat bantu pendengaran
- lihat ilustrasi 5
Anda boleh menyediakan peranti anda menurut keperluan anda menggunakan peng-
gelongsor di bawah peranti. Jika anda mempunyai satu alat bantu pendengaran, pilih
tetapan monoaural dan pilih binaural jika anda menggunakan dua alat bantu pende-
ngaran.
Bunyi mono
Bunyi stereo
Pasangkan peranti dengan alat bantu pendengaran - lihat ilustrasi
6.
Anda perlu pasangkan peranti anda dan alat bantu pendengaran sebelum anda mula
strim bunyi dari TV anda Lakukan seperti yang berikut:
1. Kuasakan peranti anda dengan menghidupkan TV anda (lihat ilustrasi 4) atau ru-
juk bahagian “Menguasakan peranti”.
2. Mulakan semula alat bantu pendengaran anda dengan membuka dan menutup
tempat bateri.
3. Dekatkan alat bantu pendengaran dalam jarak peranti semasa perpasangan (1-2
meter).
4. Alat bantu pendengaran memainkan nada mengesahkan bahawa ia telah dipa-
sangkan dengan peranti.
SILA AMBIL PERHATIAN
Alat bantu pendengaran anda hanya dalam mod berpasangan tiga minit selepas anda
memulakannya. Anda mungkin perlu memulakannya semula jika anda tidak mema-
sangkannya pada masa.
SILA AMBIL PERHATIAN
Peranti boleh digunakan untuk strim bunyi kepada lebih daripada satu pengguna pada
satu-satu masa. Jik anda perlu pilihan ini, hanya ikuti prosedur berpasangan di atas.
Mengeluarkan pasangan
Anda hanya boleh mengeluarkan pasangan menggunakan Aplikasi. Untuk berbuat de-
mikian, ikuti langkah ini:
1. Buka program TV PLAY pada Aplikasi anda, dan kemudian masukkan Menu Bunyi.
2. Ketik tiga titik pada sudut kanan sebelah atas Menu Bunyi.
3. Tekan butang Padam pasangan dan terima memadamkan pasangan.
215